Saturday, 22 June 2013 @ 06:01  0 COMMENTS

" Tujuan utama kita hidup kat dunia ni apa? Any ideas?"

Diam. Bunyi kipas speed 5 terus berputar.

"Jadi Hamba Allah yang bertakwa." "Amar maaruf Nahi Munkar." "Buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang." "Dakwah agar Islam bangkit kembali." "Beribadat kepada Allah."

Berbagai pendapat diutarakan. Aku terus diam membisu.

"Aiwah ahsanti! Betul tu sahabat semua. Tapi satu benda yang saya mahu tanya, apa kita betul2 buat apa yang kita cakap tu? Yelah. Kadang2 manusia pandai bercakap. Pandai sembang kencang soal agama. Tapi diri sendiri? Kelaut."

Sentap. Sigh. Masih diam.

"Dan ada segelintir kita yang rasa kita dah cukup banyak amal ibadat. Sudah cukup ilmu di dada. Boleh mendabik dada dengan mengatakan "aku beriman". Ohhh. Layakkah kita dikatakan beriman sekiranya tak diuji? Berimankah kita kalau kita tak mampu menerima teguran dan nasihat? Berimankah kita kalau bila ujian datang menyapa, terus lemah longlai? Sedangkan ujian itu dihadirkan tanda Allah sayang."

Pedas.

"Pernah tak kita rasa jijik dan berperasangka buruk dekat orang yang masih tidak insaf lagi? Misalnya, kita suuzhon dekat orang yang tidak tutup aurat. Seakan-akan dia itu ahli neraka. Habis? Kita ahli syurga? Layak kah kita masuk syurga Allah yang penuh dengan nikmat dengan sikap begini?"

Airmata ditahan dari tumpah kebumi.

"Emm kita kan Daie? Tugas Daie ni adalah untuk menyampaikan dakwah. Dakwah Islam. Agar Islam bangkit kembali. So, kenapa tak try kasi dia nasihat? Bimbing dia. Ni tak. Asyik nak berperasangka buruk. Sampai bila tak jalan kalau cemtu."

"Tapi mereka yang tak tutup aurat tu degil sangat. Dah banyak kali beri nasihat. Tak jugak nak dengar. Pelik betui. Tak takut azab Allah kepe diorang ni? Haih! Geram eden. Kasi lenyek dengan ahli sumo baru tau. Takpun kasi lighter bakar je jari sendiri. Pehh."

Satu suara menyebabkan ketawa meledak. 

"Haha astaghfirullahalazim. Ukhti, jangan macam tu. Oke jom istighfar dulu. Tak baik kita cakap macam tu. Istighfar Istighfar.."

"Ukhti, seorang Daie itu tak mudah marah. Tak mudah futur(putus asa). Rileks lah. Slow2. Bukankah kita ada Allah? Kenapa tak minta dekat Dia untuk lembutkan hati si dia? Satu hari nanti mana tahu dia akan jadi orang yang paling dekat dengan Allah? Well, setitis hidayah dariNya mampu menjadikan seseorang itu lain sangat. Kita semua pernah rasa semua tu."

Diam. Hening.

"Kita. Kita hamba Allah. Dan, apa hak kita untuk  tidak patuh dan taat kepadaNya? Apa hak kita untuk menghakimi orang lain? Apa hak kita untuk menghukum mereka? Kadang2. Kita hidup seakan-akan kita sudah layak berada di syurgaNya. Sedangkan? Hakikatnya? Tak. Malah jika kita berfikiran sebegitu sebenarnya kitalah orang yang paling rugi."

"Ukhti semua, tegurlah selagi termampu. Ajaklah mereka bersama. Penuhi syurga Allah. Dakwah lah selagi diberi keizinan. Semoga kita antara orang yang dapat masuk syurgaNya."



"Andainya Allah panggil ana dulu, ukhti teruskanlah dakwah ni. Ana harap Islam akan bangkit kembali mcm dulu. Ana harap kita semua dapat berjumpa di syurga. Semoga ukhuwah kita terus kuat. Ukhuwah Till Jannah. Abadan Abadan' - Ukhti Aina. 

Till then.