Saturday, 22 June 2013 @ 08:12  0 COMMENTS
Langkah dihayun laju ke sinki. Cepat-cepat pinggan yang kotor dicuci.

 Air sirap bandung yang diteguk pun dah rasa payau dek kerana airmata yang ditahan sejak tadi.

All of sudden..

"Mak taktahu bila mak akan meninggal. Mak bukannya muda lagi. Dah 50lebih dah. Belakangan ni pun selalu sangat sakit2."

"Mak harap satu je. Mak nak anak-anak mak jadi soleh dan solehah. Mak nak anak-anak mak berjaya. Bila mak dah takda nanti, mak doa agar anak-anak mak boleh hidup senang. Kalau boleh, helikopter satu sorang pun mak nak belikan.Tapi kita bukan orang senang."

Sebak. 

"Kamu dan adik kamu je harapan mak sekarang. Nak harapkan yang lain dah tak boleh. Diorang boleh sara hidup sendiri je. Mak tak salahkan takdir. Mak faham. Yang lepas biarlah lepas. Mak tahu abang abang dan kakak kamu tu bukannya nak semua ni jadi. Takpelah. Yang penting sekarang, kamu dengan adik kamu kena belajar sungguh2. Nanti dapatlah mak pergi dengan tenang."

Tak tahan. Mata dibanjiri cecair jernih. Terus langkah dihayun laju. 

N/p : Pergi Tak Kembali.



Tiba2 teringat pulak apa yang Ustazah Fatimah bicarakan dalam usrah minggu lepas.

"Hidup kita bukan selalunya senang. Kadang2 Allah datangkan ujian sebab Dia nak uji kita. Kadang2 mungkin sebab itu salah satu cara untuk tegur kita. Mungkin kita dah jauh dariNya? Dia mahu panggil kita kembali. Bersabarlah dengan ujian"

True. So true. 

"Sepatutnya kita hadapi 'tanda kasih' dari Allah ni dengan tenang. Bergantung pada Dia. Kita takkan lemah. Kita tak mudah goyah. Allah nak angkat darjat Iman kita la tu :)"

"Senyum. Sunnah dan Sadaqah"

Ye betul. Ujian ini mendewasakan dan mematangkan aku. 

Ya Allah. Ampuni aku kerana lemah. Ampuni aku kerana pernah futur. Peluklah hatiku.

Allahu Allah.