Monday, 22 July 2013 @ 07:14  2 COMMENTS
Buku Physics Tingkatan 5 ditutup. Mata mengantuk tapi masih taknak tutup.
Ish degil betul.
'macam tuan empunya diri le'
sigh.

'Nak buat ape ek. Semua dah tidur.'




Tetibe. 
Zikir dari Hafiz Hamidun kedengaran.
Terkejut bukan kepalang. sigh. astaghfirullahalazim..

"Assalamualaikum w.b.t. Ye nak apa memalam buta ni cik adik manis oit?"

"Waalaikumussalam w.b.t. Ed.. Aku. Hm."

Kaku.

"Er kau kenapa ni sya? Cuba cite slow2.."

"Aku dah putus dengan dia."

Senyum. Alhamdulillah ya Allah, kau makbulkan doa aku.

"Alhamdulillah.."

"Hah? Kenapa kau ucap centu pulak? Angin aku dengan kau ni.!"

"Rileks la. At last, Allah makbulkan doa aku. Siang malam aku doa untuk kawan aku yang comel ni."

"Dah ah. Cakap ngan kau pun tak guna!"

"Wait.. wait.. Sayang aku tak? Dengar aku cakap dulu boleh?"

"Hmmm. proceed. Cepat ah."

"First of all, aku ucapkan tahniah sebab berjaya lepaskan diri dari perkara dosa tu. Senanya dah lama aku nak tegur tapi aku tak kuat. Dan aku seriously tak sanggup tengok kau sedih."

"What? eh bile masa aku...."

"Syush. kasi aku cakap sampai habis dulu. Jangan potong beb! Secondly, aku minta maaf kalau aku kasar and buat kau marah lepasni. Aku taknak tanggung dosa lelama. Boleh aku teruskan?"

"Sila..."

"Kau tau tak yang couple ni haram? Ok jawab dalam hati. Aku rasa kau tau. Tapi biasa ah. Manusia. Kekadang suka menghalalkan yang haram. Tau kenapa couple haram? Cause benda ni mendatangkan zina. Kan Allah dah berfirman dalam al-Quran, jangan mendekati zina? La taqarrabu azzina. Kau punya manja kau punya gedik as in as kenakalan dah kau taburkan untuk orang yang tak halal. sigh. nanti kau nak kasi dekat husband kau ape? secondhand? hmmm taknak lah centu kan. ada satu quotes tu, entah pape ah. couple dengan orang len. tunang ngan orang lain. kahwin dengan orang len. nampak tak yang kalau dah jodoh ni tak kemana? even kau duk south pole, dia pulak duk north pole. kalau Allah dah izinkan, there you go. korang akan bersatu jugak."

Senyap.

"Dia yang selama ni kau duk sayang tu, tak halal buat kau. Kau kena sedar hakikat ni. Falling in love isn't haram. It is what you do with it is Haram. Wey, belum sampai masa ah. Nanti ce imagine. Allah tengah sediakan someone special untuk kita. Someone yang boleh lead kita ke syurga Dia. Kau nak ke syurga kan? Haaa that's why kau kena cari yang soleh. Tapi nak yang soleh, kena jadi solehah dulu beb. Dan kekadang.. mesti ada time kau selalu teringat ex kau kan? time nak makan, teringat. time mandi teringat. even time duk on the phone ngan aku ni pun teringat jugak! hahaha. er weh kau tidur ke..?"

"Aku.. tak. em boleh teruskan?"

Sedikit getar pada suara dia. Ya Allah, sabar kawan. ampuni aku. aku terpaksa.

"Em kau sedar tak selama ni kau dah jarang join usrah? jarang baca quran sekali ngan kitorang? hmm aku rindu nak tadarrus sekali. nak share sekali ilmu Allah ni ngan kau.."

"Aku minta maaf.. Aku jahat kan. Jahat dengan kau. Jahat dengan Allah. Jahat dengan diri aku sendiri. Aku tak kuat.."

"Kau kuat, kau ada aku. Dan yang penting kau ada Allah. Wey jangan lah futur cenni. Allah tak suka. Aku pun tak suka. Jangan nangis ok? Ololololo anak mama.."

"Kau ni... hm kenapalah mama papa aku bawak aku pi jauh2. Sigh. aku rindu kau."


"Kau mention aku tak?"


"Mention? Kat twitter? Helleh aku mention bejute kali. takdanya nak reply. peh tweetfamous!"


"hahaha skull hang. mention dalam doa lah...."


"to be honest, aku jarang. sebab relationship aku dengan Allah sekarang ni macam tak kamcheng. ahahaha angkuhnya aku hidup atas dunia ni."


"ish. takpe. kau dah sedar kan? aku harap kau istiqamah. kita jangan fikir tentang benda2 remeh cenni eh? kita tunggu apa yang Allah dah rancangkan. sampai masa kita kahwin ah dengan orang yang Allah dah sediakan untuk kita. ada babies. then ada cucu ada cicit. ahh sukanya.."


"Woi sapa yang tak sabaq sekarang ni?!"


"Hehehe aku suke tengok babies je. tu jeee."


"duh poyo. weh credit aku dah low. need to go. aku sayang kau!"


"sayang kau jugak. nanti kita mention dalam doa. fi hifzillah!"


Salam diberi dan disambut. Talian diputuskan.





Senyum. Ya Allah, terima kasih :)


Bipp bipp bipp. One new message from Kurus dan Kering.



'Weh, malam ni bangun Qiyamullail. Kita sesama dating ngan Dia. Thanks. Sayang kau. Assalamualaikum!'

Airmata diseka.

Saat tu rasa macam nak buat sujud syukur. Alhamdulillah ya Allah! 

Duhai remaja Islam yang lain bangkitlah! 


Wahai remaja ,bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai. Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!


Jangan dilayan nafsu dan syaitan. Meh bangkit menuju syurgaNya.


Dalam Islam matlamat sekali-kali tidak menghalalkan cara. Al ghayah la tubarrirul wasilah. Niat juga tak menghalalkan cara.


Walk like a boss. May Allah bless. Chiow.


Sunday, 21 July 2013 @ 22:08  2 COMMENTS
Tepi pustaka. Di atas padang. Petang. Cuaca nyaman. Pipi dicium angin yang lembut.

Kaki disila. Pandang langit.




Subhanallah. Cantiknya. Nafas ditarik seketika. Menikmati suasana hening.

Phone berbunyi. Zikir by Hafiz Hamidun mula kedengaran.

Unknown number..?

"Assalamualaikum w.b.t. Ye siapa?"

"Saya Mohd Nabil. Ukhti tak kenal saya. Tapi saya kenal ukhti."

Gugup. Strangers dari negara mana entah. Huh.

"Nak apa?" Suara ditegangkan sedikit.

"Saya nak hati ukhti."

Butang end ditekan. 'Mamat sewel dari mana entah.'
Earphone kembali disumbat ke dalam telinga sambil meneliti soalan Addmaths di atas riba. Ahh why so payah soalan ni. Rileks rileks.

Bipp Bipp Bipp. A new message from 01x-xxxxxxx.

Saya minta maaf Nurul Hayaati Johari. Saya tau cara saya salah. Saya minta maaf sebab ganggu.
Saya nak hati ukhti. Serious. Kita jumpa time karnival masuk U haritu. Ingat tak lelaki yang kenyit mata kat ukhti haritu? Saya ingat ukhti sama je dengan perempuan lain. Goyah dengan kenyitan mata. Tapi saya silap. 
Saya tau ukhti orang baik. Start bila ukhti buat taktau and bagi jelingan se'das' untuk saya haritu, saya azam saya nak cari ukhti. And that's it. I found you. No, your phone number.
Boleh tak kalau kita jadi kawan? Kerana Allah? Please. Really hope.

Sigh. Mamat tiga suku ni. 
Why is this happening? Ha-ha. Takleh. Aku kena jaga ikhtilat.

Dulu mungkin selalu jugak text dengan ajnabi. Tapi sekarang, no tak. Dah jarang sangat.
Paling tidak sekadar contact di twitter, facebook or wechat je.
Dah ah abaikan. Aku tak kenal dia pun. Takda masa nak fikir.

Bip Bip Bipp. A new mesage from 01x-xxxxxxx.

Ukhti, inshaaAllah kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Saya takkan ganggu ukhti dah. Ampuni salah silap.
Semoga terus menjadi  comel dan solehah. Jaga Iman dan hati..... ye? 
Assalamualaikum w.b.t.

Tetibe. Dush. Biaq pi lah. 

Niat tak menghalalkan cara pe. Right?
Bukan nama soleh solehah lah kalau ikhtilat tak terjaga.
Sombong? Bukan. Nak jaga ikhtilat.




"Eleh kau bajet semua orang suka. Wek!"

Tak bajet. Tapi dah bebetul orang suka. Hahaha sebok.

K dah. Syush. Ehem. Find Allah's love first. Only then, love will find you.


My heart is not for those who wanna play with it. I have only one heart. Don't break my heart. Break my bones. It's so many. Peh tetibe.

Nak hati dia, minta dengan Dia. Hati dia, Dia yang pegang.


Kalau Allah izin, kita kahwin.

Kalau Allah kata ya maka ya. Kun fayakun.
Kalau Allah nak kita kembali, maka kembalilah kita..

Ah not affected of the harmless flirt.

Dush apasai ni harini.

Selagi tak halal selagi tu ada jarak. Takpa kita sabaq sat. Kalau dah sampai waktu, kita akan bersatu. Kalau dah jodoh tak kemana.

Kalau bukan disini. Di syurga mungkin? Senyum.

Kaki dihayunkan lekas ke kereta. Ayah dah tunggu. 

Have faith. Fi Hifzillah.

Friday, 19 July 2013 @ 22:57  1 COMMENTS
Starting point untuk berubah.
Mula2 nak berubah. Memang sakit. Memang pedih. Memang.
Allahu..


Memori lama terimbau kembali.

Phone is ringing. The same number called. 

Sigh. Why is she so stubborn la. Tak faham2 orang cakap taknak.

"Hello Assalamualaikum w.b.t. Ye kau nak ape ni?"

"Wey beb, jom ah hang. Aku rindu nak hang dengan kau sesangat."

Suara ceria. Suara yang cukup dikenali. Yang aku rindu.

"Emm aku takleh la.. Mak aku tak kasi aku hang. Sorry."

Penipuan. Again and again. Like always. Ya Allah berdosanya aku. Dush.

"Alaa please? Demi friendship kita? Kau tak sayang aku en? Mentang2 la dah ada buddyz baru. Takpela..."

Merajuk. Kononnya. Ahhhhhhh why is this happening. Kau tak faham..

"Orait. Tapi kau jangan terkejut pulak nanti."

Sebab aku.. dah lain. tak macam dulu. tak macam orang yang kau kenal dulu..
Kata2 yang tak terluah. Dalam hati.

"Pesal nak terkejut? Hahahaha yeay! Orait aku tunggu tempat biasa dengan geng kita yang len."

Geng kita.. Yang lain... That's mean.. Huh.

"InshaaAllah. Chiow. Assalamualaikum w.b.t."

Sampai bila aku nak terus terusan menyorok cenni. Diorang kena tahu yang aku yang sekarang bukan aku yang dulu. Diorang kena tahu aku dah berubah. Kenapa aku nak malu? Kenapa aku nak takut?
Hahahaha so bad of me. Benda baik ni takkan ah nak malu kot.
Pehh tak logik dek akal yang cerdas.

Jubah hitam. Tudung labuh bidang 60 warna merah jambu, handsock and stockin kaki disahut.

Semoga Allah redha. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Amin! *pejam mata*

Keypad telefon ditekan. Nama si dia di'dail.

"Weh aku dah sampai. Aku duk belakang kau."

Dan macam yang aku dah agak dan sangka..
Semua terbeliak mata tengok aku cenni.

"Aku tak cam kau tadi.. Ingatkan siapa tadi.. Er kau sihat?"

"Alhamdulillah. Er kenapa semua tengok aku macam nak makan ni? Aku lapar. Jom cari makan memana."

"Err kitorang dah nak balik.. Dah lama lepak sini. Sorry ek."

Aku tahu. Ya Allah sebaknya. Diorang tak dapat terima aku yang sekarang.
Takkan diorang nak jalan dengan aku yang cenni? Hahaha Ya Allah :'(

"Oh okay ingatkan boleh lepak lama lagi. Takpe ah. Aku pun kena chiow dulu. Assalamualaikum w.b.t. Semoga Allah redha."

Langkah terus dihayun pergi. Ah jangan nanges lagi. Ramai orang kat sini. Pehh tolonglah airmata..
Lastly, langkah terhenti di foodcourt. Tak lapar tak dahaga. Tapi aku perlu tempat. Nak duduk. Nak tenangkan diri..
Tempat yang jauh dari orang ramai. Naseb takda yang nak kacau. 

Air horlick dihirup perlahan. Airmata mula memenuhi tubir mata. Earphone disumbat dalam telinga.
Nasyid by Rabbani dimainkan. Volume ditambah sampai limit. Hingar bingar dunia hilang sekelip mata.



Cenni ke kawan. Aku tahu diorang takleh terima aku.. Allah sakitnya hati ni.
Phone ditatap seketika. 
Nak call ke taknak? Hmm. I need my Qee, my Bie, my Ana and my Jaja right now.
Huh takleh. Aku takleh cenni.

Lastly. Airmata dikesat. Lastly number ayah ditekan. Aku nak balik. Aku tak kuat kat sini. 

Malam tu. Pukul 3.45 pagi. Tersedar dari lena. 

"Allah kejutkan aku.."

"Fuh. Aku nak jumpa Dia.."

Peace. Aku jumpa ketenangan dalam solat.
Ya Allah, kuatkan aku.

"Akan selalu ada duri bila kita nak berubah. Takpe pijak je duri tu.

Nanti Allah ubatkan. Allah ada untuk balut hati yang kecewa."

-Sahabat Fillah.

I will arise and move on.
Utamakan Allah. 
I am here to please Allah not His creature.


Thursday, 18 July 2013 @ 09:56  0 COMMENTS


Found this and I was like. Peh this is so touched. O Allah. Allahuakbar.

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.

Kepala buat hal balik. Tak stabil. Mentally and physically.

Allahu Allah. Really need to sleep right now.
Closing eyes and let Allah take over. 
Al-Mulk first. Love Notes dari Dia mana boleh tinggal. Mana boleh letak tepi.
Tenang dalam hidup tu boleh dicari dgn buat apa yang Dia suka je. 

Kenapa kita sibuk memikirkan pleasure that comes from Makhluk (yang Dia cipta) instead of pleasure that comes from Him?

Sigh. Really need to go now. Chiow. Selamat malam, dunia. *jerit*

Tuesday, 16 July 2013 @ 19:05  1 COMMENTS

One day.. Phone was ringing and aku kuatkan diri untuk angkat telefon.

Salam diberi dan salam disambut.

"Kami dari pihak Hospital Kota Bharu. Ini rumah cikgu Johari Abd Rahman?"

Gulp. Getar sedikit terasa. "Em ye kenapa? Saya anak perempuan dia."

"Diharap bawa bersabar ye dik. Untuk makluman adik, cikgu Johari Abd Rahman dan isteri dia telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat kemalangan jalan raya sejam yang lepas. Saya cuba cari mana2 kenalan dia. Tapi sekarang baru dapat jumpa. Maaf lambat dan......."

Saat yang sangat ditakuti. Allah kenapa ni jadi?! Allahuakbar. Tak ni mimpi. Cuma mimpi. Lepasni mak ayah balik ah berbuka puasa ngan kitorang. Kitorang dah janji nak makan sama. Mana mungkin. Mak ayah tak pernah mungkir janjii. Tak! Airmata mula menuruni pipi.

Selesai inform abang and adik beradik lain, kami sesama ke hospital secepat yang mungkin. Dalam hati hanya Allah yang tahu bagaimana hancur dan luluhnya hati ni. Bibir tak berhenti2 ungkapkan zikir agar diri ini lebih kuat.

Sesampainya di bilik wad, mak dan ayah dah siap dikafan.. 

And I was like. Allahurabbi. Kenapa benda ni jadi?! Kenapa. Ya Allah aku tak sanggup.
Lidah aku kaku. Sepertimana mak dan ayah yang kaku di pembaringan. Allah Allah Allah kuatkan aku..

"Kenapa mak ayah pergi tinggalkan kitorang? Kitorang perlukan mak ayah lagi. Kat sini. Kat dunia ni. Kami masih budak2 lagi.. Kami nak mak ayah disisi. Puasa sesama. Sahur sesama, iftar sesama.. Nanti kita kan nak masak untuk buka puasa lepas ni? Bangunlah. Tolong.. Kita dah janji nak makan sama pagi tadi.. Bangunlah.. Nak rasa masakan mak.. Nak dengar ayah gelak. Nak tengok mak ayah senyum.. Tak puas lagi..Tak sanggup.."

Kata2 tu diluahkan tanpa sedar. Aku rasa kosong. Airmata membasahi pipi.
Lemah longlai. Jatuh terduduk sambil mengenangkan perkara ni..
Satu benda yang aku pasti di saat ni.
Aku tak kuat.
Cuba mencari kekuatan dengan mengingati Allah.

"Adik tak sempat lagi nak mohon maaf. Adik banyak dosa. Ampuni adik :( Adik nak pergi sesama mak ayah. Adik takut hidup kat dunia ni tanpa mak ayah.... Ayah dengan mak kan dah janji nak tengok adik berjaya dulu sebelum pergi. Adik tak SPM lagi ni. Adik nak buktikan kejayaan adik. Tolonglah bangun.."

Kakak peluk dari belakang. Kami sesama melayan perasaan.

"Adik nak mak ngan ayah. Adik taknak diorang pergi. Adik nak pergi sebelum mereka. Adik tak sanggup terima hakikat ni."

"Syushh, jangan cenni. Adik ada kakak, abang. Malu lah kalau adik2 kita yang kecik tu tengok adik cenni. Tak boleh. Kuat! Kita semua sayang mak ayah..Kita doa eh. Kita.."

Tetiba.

Knock Knock Knock Knock.

Tersedar dari mimpi. Waktu tu hanya Allah yang tahu cemana bersyukur nya aku. Airmata kembali menuruni pipi. Sigh. Allah, terima kasih! Alhamdulillah..

Orang kata mimpi mainan syaitan. Tapi bulan puasa ni syaitan ada ke? Takda..

Habis tuu..?

Allah Allah Allah, tolong ya Allah. Panjangkan umur kami semua utk beribadah kepadaMu.
Lagipun tak kuat rasanya aku untuk berpisah dengan mereka..

"Adik, meh sahur. Dah lewat sangat dah ni. Menung apa dalam bilik sensorang tu. Makruh. Meh cepat."

Senyum.

Pernah sekali aku memberi hadiah kepada mereka. Murah aje benda tu. Lalu mereka berikan aku sekeping kertas yang bertulis.. Ya Allah malunya. Aku ucapkan terima kasih kekadang je kalau dapat pape dari mereka. Tapi mereka? Allah, Kau haramkan wajah ibu dan ayahku dari api nerakaMu. Permudahkan segala urusan mereka. 



Sekalipun dosa aku banyak seperti pepasir di pantai, seluas lautan.
Tapi aku mohon. Jangan hina Tuhan aku. Jangan hina Nabi aku. Jangan hina agama aku. Jangan hina ibu ayah aku.
Kerana yang salah itu..

Aku.

Buat semua yang masih leka masih derhaka pada ibu dan ayah.. Tolonglah sedar.

Ajal maut tak kira muda tua. Tak kira sakit atau sihat. Syarat mati stu2 nya adalah HIDUP.
Kita semua punya syarat itu. 

Buat kau dan aku kalau ada yang masih tidak tutup aurat, tutuplah. Ingat orang yang tersayang. Ingat ayah. Selangkah kita keluar dari rumah tanpa menutup aurat, tercatit dosa untuk ayah kita.
Allahu. Sanggup? Kanke sayang ayah? Kenapa takmo tutup aurat?
Kenapa nak jerumuskan ayah masuk neraka? Ni sayang ke namanya?
Jawapannya hanya kita yang tahu.

Have faith. Jazakallah. *nanges*


Friday, 12 July 2013 @ 07:15  0 COMMENTS
"Truth hurts, reality bites."

Yes indeed. So true. Lari lah ke hujung dunia pun, realiti takkan boleh diubah. Takkan pernah. 
Accept the reality, chew then telan. Even bitter tahap gaban pun. Telan telan..

Dan memang kekadang ujian datang terus dan terus menyapa. Sampai kita rasa nak rebah..

Eh jangan. Bila rasa nak rebah, ingat balik cemana strive dan bersungguhnya kita mula2 nak harungi ujian tu.



Yes. Things are easier said than done, right?

Aku tahu. Aku pernah melaluinya. Aku sedang melaluinya. Dan aku akan melaluinya.

Kitaran hidup. Yes! Bukan namanya kehidupan kalau takda ujian. Ujian didatangkan untuk menguji tahap keimanan seseorang itu.

Dosa banyak sangat sampai tak terkira? Rileks. Ada cara. Ada masa. Sekarang!

Mula dari sekarang. Start taubat. 

Say byebye to Jahiliyah. And say hyehye to Hijrah.

Jangan terlalu banyak alasan untul berubah kerana ajal maut kita taktau bila. Mungkin sekejap lagi. Mungkin bila2 sahaja mungkin. Rahsia Allah. Tiada siapa tahu.

Puisi untuk si pendosa.

Wahai Si Pendosa! Takutlah kepada Allah!

Si pendosa,
Kami lah itu,
Cuba merenung keadaan diri,
Betapa banyak dosa tercalit,
Malam bertaubat siang bermaksiat,
Mungkin kami lupa,
Ada yang mencatat setiap amalan,
Mungkin kami lupa,
Walau dipadam dan disembunyikan dari pandangan manusia,
Allah dan malaikatNya atid dan raqid tetap melihat.
Si pendosa,
Kami lah itu,
Kami tahu pembalasan itu pasti,
Kami tahu Dia menghitung segala amal,
Tetapi kenapa kami tetap berbuat maksiat?
Ingatlah, dosa yang seronok itu,
Keseronokannya hanya sebentar,
Sedangkan dosanya berpanjangan.
Allahu Rabbi,
Lindungilah kami daripada bermaksiat kepadamu,
Selamatkanlah kami daripada fitnah dunia,
Kami memohon perlindungan,
Dari kejahatan anggota badan kami sendiri.

Ameen!

May Allah bless and ease everything!

Ramadhan has been the turning point to those who want to change. So I beg you, please don't mock those who want to change for the good.

Jangan sebuk nak tanya "eh apesal dia ni berubah eh?".
Tanya diri sendiri. "Bila aku nak berubah?"

Ramadhan is Fursah Lit Taghyir. Titik permulaan buat kita, si pendosa.

Ramadhan is also not about losing weight, it's about losing sins.

p/s ; Salam Ramadhan. Puasa bukan pesta makan. Tapi pesta ibadah. Ingat! Chiow.

Wednesday, 10 July 2013 @ 07:28  0 COMMENTS
Kaca mata berbingkai hitam dilurut turun dari kepala yang berselirat dengan pelbagai persoalan.

"Huh.."

Patut ke aku mengeluh dengan ujian? Kenapa mesti aku mengeluh? Tidak kuatkah aku?

Qawi. Kuat.



"Kekadang memang kita akan rasa tak kuat bila menghadapi ujian. Tapi ingatlah yang ujian tu tanda kasih dariNya. Allah bukan nak hukum atau seksa kita. Allah nak tengok tahap mana iman kita berada."

Kata2 ustazah Hafsah berlegar2 di layar minda.

"Allah takkan uji seseorang tu di luar kemampuan mereka. Allah pilih kau untuk hadapi ujian ni sebab Allah tahu kau kuat. See? Allah tahu kau kuat. Kenapa kau taknak percaya? Sepatutnya kau hadapi dengan tenang. Cool. Selamba. 

Semat dalam hati, 

"Allah lihat setiap inci usaha aku nak hadapi ujian ni."

-Sahabat fillah.

Dan ye. Duk sembang kencang supaya kuat hadapi ujian Allah. Tapi bila sampai masa ujian tu menyapa diri sendiri? Down..

Bukan gaya dai'e lah cenni. Tak boleh futur. Tak boleh. Tak boleh. 

Em mungkin boleh. Tapi cepat2 bangkit kembali. Eh? Takda lah. Jangan futur. Jangan putus asa.

Live well or live hell, we choose.

Horlick panas dihirup perlahan2.

No matter what happens, be strong as the word strong is. 
Qawi. Yes. We all should be. 

Dan bila rasa stress dah tak cukup tanah nak jalan, jalan pun dah tak jejak bumi.

Ingat, kita mesti connect dengan Allah whenever and wherever we are.

"Bukan time ada masalah je. Bukan time kita sedih je. Tapi saat suka dan duka, connect to Him"

Perghhh deep.

Al-Quran. Love letter from Him. Let us all read this Kalamullah. May Allah bless. Chiow.




Tuesday, 9 July 2013 @ 06:28  0 COMMENTS


Last Year.

"Kau nak join usrah kat masjid seberang ni tak? Boleh dapat ilmu, ukhuwah pun terbina."

Tanpa banyak kata. Hati dan bibir seakan terus seiring dan sejalan berkata ye.

Tak sangka dan tak juga duga, jumpa ramai orang dekat sini dan semuanya..
Hebat..Hebat..

Ada yang pakai purdah. Ada yang bertudung labuh. Semuanya menutup aurat.
Aku? Masih casual. Even boleh diklasifikasikan as 'menutup aurat jugak lah'. 

Tapi tetap dan terus. Perasaan malu menyelubungi diri.
Betul.. Bila kita nak berubah, Allah akan hadirkan kepada kita ramai orang yang baik2.

Sobss.

Tetiba Aisyah peluk dari belakang dan senyum bagai mengerti akan gelodak perasaan yang sedang aku alami. 

Senyum. Tanpa banyak bunyi. 

Usrah tentang kita si pendosa, done. Sharp pukul 5 sesudah selesai menunaikan solat fardhu Asar.

Memori ligat mengingat balik apa yang telah di musyawwarahkan bersama.

"Kita pendosa. Tanpa noktah. Takkan pernah maksum. 
Islam bukan agama yang memaksa. Islam agama mudah.
Tapi tu bukan tiket untuk kita si pendosa terus istiqamah melakukan dosa.
Mungkin kekadang kita cakap nanti nanti nanti dan nanti. Ah nanti nanti lah berubah."

"Sampai bila harus menanti? Sampai ajal tiba? Sampai Allah seru dulu?"

Gulp. Pedass.

"Berubah menjadi yang lebih baik walaupun dicaci atau kawan-kawan tidak dapat terima perubahan kita. Maybe di mata mereka, mereka tidak terima, tetapi di mata Allah? 

Allah Maha Mengampuni hamba-hambanya. 
Sebelum matahari terbit di sebelah Barat, kita banyak-banyak lah beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana selepas itu, tiada lagi pengampunan yang diterima.

 Kita ada waktu sekarang dan gunakanlah sebaik-baiknya. Kita dah tiada masa yang lepas. 

Kita hanya boleh berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan oleh Yang Maha Mengampuni."

- Hilal Asyraf. 


Tetiba.

"Woi kau nak balik ke tak nak ni?! Nak tidur kat masjid pun boleh. Tapi aku nak gerak dulu."

Kacau daun. Airmata diseka.

"Jom gerak!"

"Kau macam orang yang penyakit albino tu lah. Sesuai sangat. Dahla kening ala ala takda. Muka putih ceng hantu. Kalau dapat offer jadi pontianak, kau terima eh. Cun dengan kau!! Dapat jugak aku merasa first salary kau. Ummm."

"Cheeeseeeee cake! Ahh kau dengki kan? Kau ni aku nak melayan jiwang sikit pun takleh. Selalu kacau daun aku. Hergh!"

"Aku memang suka kacau kau. Dah muka kau selalu merah bila marah. Hahahaha."

"Hek elehh. Macam ah kau punya telinga tak merah kalau tengah gelak sakan! Haha."


"Perghhhh. Isu sensitip tu woi. Takpe. Nanti aku report kat Fatih Seferagic aku!"


"Mangkuk ayun punya cousin! Ni namanya g.e.d.i.k.  Tak payah duk loyar buruk sangat."


"Eleh kau jeles. Tengok tu mukaaaa dia dah tukar traffic light merah. Haha."

"Sampai ke hati kacau aku. Takpe, aku ngadu kat Allah! Hmmm. Dah, siapa sampai rumah lambat, dia cuci pinggan pasni!"

Lari. 

Manisnya ukhuwah yang terbina kerana Allah :)



@ 02:47  2 COMMENTS
"Kak Ed!"

Langkah yang dihayun lekas terhenti apabila suara yang agak familiar memanggil.

'Eh dia ni.... Bukan ke..' desis hati kecil.

"Assalamualaikum w.b.t kak ed :) Ingat saya lagi tak?" Purdahnya dibuka sedikit untuk aku lihat. Sejenak aku mengamati wajah itu. 

Lalu..

YA ALLAH YA RABBI. 

Dia.. Dia yang dahulunya seorang yang agak hilang arah tuju. Auratnya sering ditayang kepada ajnabi. Hidup tanpa punya tujuan. Sering menangkis setiap apa yang aku cuba nasihati. Tapi sekarang..

Berpurdah. Tudung yang labuh. Tiada lagi solekan tebal. Jubah yang loose. Handsock nya yang black in colour. Dan juga stockin kaki. 

Allahuakbar. Dia yang sekarang lebih bagus dari aku yang sekarang ..

Sebak. Airmata berjuraian keluar dari tubir mata.

"Kak ed? Kenapa ni? Tak suka tengok saya? Takpelah. Minta maaf. Saya pergi dulu.."

Lantas tangannya aku pegang. Peluk seerat yang mungkin. 

Sama2 melayan perasaan. Sebak. Sudah lama. Setahun berlalu.

"Saya penat hidup cemtu akak. Lepas akak marah saya haritu, memang saya bengang. Saya tak dapat terima hakikat. Saya melayan nafsu. Dan tengok apa yang jadi. Mak ayah dah halau saya dari rumah. Saya khilaf masetu kak. Saya lari. Tapi perjalanan saya suram."

"One day, saya tergerak hati nak singgah masjid. Nak rehat sambil2 cuci badan. Takda niat pun nak singgah solat even waktu tu dah masuk waktu Asar. Pehh jahilnya saya dulu."

Airmata bergenang.

"Tetiba sorang makcik tegur saya. Then dari situ, makcik tu bimbing saya. Allah! Saya bersyukur sangat dekat Allah. Saya tahu Dia yang utuskan makcik tu untuk saya. Dia nak saya kembali pada Dia. Dia sayang kita semua kan akak? :')"

Angguk. Senyum dalam tangisan.

"Dan sekarang, saya insaf. Saya taknak lagi tersasar dalam dunia yang maha sementara ni. Saya nak keep walking atas jalan Allah. Saya tahu Allah lihat, Malaikat catat. Akak kan selalu pesan dekat saya supaya selalu ingat azab Allah. Dan bila saya rasa nak buat dosa je, saya terus teringat dekat azab yang Dia janjikan. Saya takut kak. Takut sangat!"



Ya Allah Ya Rabbi..

Hebatnya hidayahMu. Hanya setitis hidayahMu mampu mengubah seseorang menjadi seseorang yang len sangat. Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih.

Wahai kau dan aku yang masih leka berbuat dosa, ayuhlah sesama kembali padaNya sebelum kita dikembalikan kepadaNya.

Hidayah Allah bukan harus ditunggu, tapi perlu dicari.
Macam kau lapar, kau kena usaha nak makan. Kalau tak kebulur lah wei. 

Semoga Allah redha. Jazakallah.