Tuesday, 16 July 2013 @ 19:05  1 COMMENTS

One day.. Phone was ringing and aku kuatkan diri untuk angkat telefon.

Salam diberi dan salam disambut.

"Kami dari pihak Hospital Kota Bharu. Ini rumah cikgu Johari Abd Rahman?"

Gulp. Getar sedikit terasa. "Em ye kenapa? Saya anak perempuan dia."

"Diharap bawa bersabar ye dik. Untuk makluman adik, cikgu Johari Abd Rahman dan isteri dia telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat kemalangan jalan raya sejam yang lepas. Saya cuba cari mana2 kenalan dia. Tapi sekarang baru dapat jumpa. Maaf lambat dan......."

Saat yang sangat ditakuti. Allah kenapa ni jadi?! Allahuakbar. Tak ni mimpi. Cuma mimpi. Lepasni mak ayah balik ah berbuka puasa ngan kitorang. Kitorang dah janji nak makan sama. Mana mungkin. Mak ayah tak pernah mungkir janjii. Tak! Airmata mula menuruni pipi.

Selesai inform abang and adik beradik lain, kami sesama ke hospital secepat yang mungkin. Dalam hati hanya Allah yang tahu bagaimana hancur dan luluhnya hati ni. Bibir tak berhenti2 ungkapkan zikir agar diri ini lebih kuat.

Sesampainya di bilik wad, mak dan ayah dah siap dikafan.. 

And I was like. Allahurabbi. Kenapa benda ni jadi?! Kenapa. Ya Allah aku tak sanggup.
Lidah aku kaku. Sepertimana mak dan ayah yang kaku di pembaringan. Allah Allah Allah kuatkan aku..

"Kenapa mak ayah pergi tinggalkan kitorang? Kitorang perlukan mak ayah lagi. Kat sini. Kat dunia ni. Kami masih budak2 lagi.. Kami nak mak ayah disisi. Puasa sesama. Sahur sesama, iftar sesama.. Nanti kita kan nak masak untuk buka puasa lepas ni? Bangunlah. Tolong.. Kita dah janji nak makan sama pagi tadi.. Bangunlah.. Nak rasa masakan mak.. Nak dengar ayah gelak. Nak tengok mak ayah senyum.. Tak puas lagi..Tak sanggup.."

Kata2 tu diluahkan tanpa sedar. Aku rasa kosong. Airmata membasahi pipi.
Lemah longlai. Jatuh terduduk sambil mengenangkan perkara ni..
Satu benda yang aku pasti di saat ni.
Aku tak kuat.
Cuba mencari kekuatan dengan mengingati Allah.

"Adik tak sempat lagi nak mohon maaf. Adik banyak dosa. Ampuni adik :( Adik nak pergi sesama mak ayah. Adik takut hidup kat dunia ni tanpa mak ayah.... Ayah dengan mak kan dah janji nak tengok adik berjaya dulu sebelum pergi. Adik tak SPM lagi ni. Adik nak buktikan kejayaan adik. Tolonglah bangun.."

Kakak peluk dari belakang. Kami sesama melayan perasaan.

"Adik nak mak ngan ayah. Adik taknak diorang pergi. Adik nak pergi sebelum mereka. Adik tak sanggup terima hakikat ni."

"Syushh, jangan cenni. Adik ada kakak, abang. Malu lah kalau adik2 kita yang kecik tu tengok adik cenni. Tak boleh. Kuat! Kita semua sayang mak ayah..Kita doa eh. Kita.."

Tetiba.

Knock Knock Knock Knock.

Tersedar dari mimpi. Waktu tu hanya Allah yang tahu cemana bersyukur nya aku. Airmata kembali menuruni pipi. Sigh. Allah, terima kasih! Alhamdulillah..

Orang kata mimpi mainan syaitan. Tapi bulan puasa ni syaitan ada ke? Takda..

Habis tuu..?

Allah Allah Allah, tolong ya Allah. Panjangkan umur kami semua utk beribadah kepadaMu.
Lagipun tak kuat rasanya aku untuk berpisah dengan mereka..

"Adik, meh sahur. Dah lewat sangat dah ni. Menung apa dalam bilik sensorang tu. Makruh. Meh cepat."

Senyum.

Pernah sekali aku memberi hadiah kepada mereka. Murah aje benda tu. Lalu mereka berikan aku sekeping kertas yang bertulis.. Ya Allah malunya. Aku ucapkan terima kasih kekadang je kalau dapat pape dari mereka. Tapi mereka? Allah, Kau haramkan wajah ibu dan ayahku dari api nerakaMu. Permudahkan segala urusan mereka. 



Sekalipun dosa aku banyak seperti pepasir di pantai, seluas lautan.
Tapi aku mohon. Jangan hina Tuhan aku. Jangan hina Nabi aku. Jangan hina agama aku. Jangan hina ibu ayah aku.
Kerana yang salah itu..

Aku.

Buat semua yang masih leka masih derhaka pada ibu dan ayah.. Tolonglah sedar.

Ajal maut tak kira muda tua. Tak kira sakit atau sihat. Syarat mati stu2 nya adalah HIDUP.
Kita semua punya syarat itu. 

Buat kau dan aku kalau ada yang masih tidak tutup aurat, tutuplah. Ingat orang yang tersayang. Ingat ayah. Selangkah kita keluar dari rumah tanpa menutup aurat, tercatit dosa untuk ayah kita.
Allahu. Sanggup? Kanke sayang ayah? Kenapa takmo tutup aurat?
Kenapa nak jerumuskan ayah masuk neraka? Ni sayang ke namanya?
Jawapannya hanya kita yang tahu.

Have faith. Jazakallah. *nanges*