Tuesday, 9 July 2013 @ 02:47  2 COMMENTS
"Kak Ed!"

Langkah yang dihayun lekas terhenti apabila suara yang agak familiar memanggil.

'Eh dia ni.... Bukan ke..' desis hati kecil.

"Assalamualaikum w.b.t kak ed :) Ingat saya lagi tak?" Purdahnya dibuka sedikit untuk aku lihat. Sejenak aku mengamati wajah itu. 

Lalu..

YA ALLAH YA RABBI. 

Dia.. Dia yang dahulunya seorang yang agak hilang arah tuju. Auratnya sering ditayang kepada ajnabi. Hidup tanpa punya tujuan. Sering menangkis setiap apa yang aku cuba nasihati. Tapi sekarang..

Berpurdah. Tudung yang labuh. Tiada lagi solekan tebal. Jubah yang loose. Handsock nya yang black in colour. Dan juga stockin kaki. 

Allahuakbar. Dia yang sekarang lebih bagus dari aku yang sekarang ..

Sebak. Airmata berjuraian keluar dari tubir mata.

"Kak ed? Kenapa ni? Tak suka tengok saya? Takpelah. Minta maaf. Saya pergi dulu.."

Lantas tangannya aku pegang. Peluk seerat yang mungkin. 

Sama2 melayan perasaan. Sebak. Sudah lama. Setahun berlalu.

"Saya penat hidup cemtu akak. Lepas akak marah saya haritu, memang saya bengang. Saya tak dapat terima hakikat. Saya melayan nafsu. Dan tengok apa yang jadi. Mak ayah dah halau saya dari rumah. Saya khilaf masetu kak. Saya lari. Tapi perjalanan saya suram."

"One day, saya tergerak hati nak singgah masjid. Nak rehat sambil2 cuci badan. Takda niat pun nak singgah solat even waktu tu dah masuk waktu Asar. Pehh jahilnya saya dulu."

Airmata bergenang.

"Tetiba sorang makcik tegur saya. Then dari situ, makcik tu bimbing saya. Allah! Saya bersyukur sangat dekat Allah. Saya tahu Dia yang utuskan makcik tu untuk saya. Dia nak saya kembali pada Dia. Dia sayang kita semua kan akak? :')"

Angguk. Senyum dalam tangisan.

"Dan sekarang, saya insaf. Saya taknak lagi tersasar dalam dunia yang maha sementara ni. Saya nak keep walking atas jalan Allah. Saya tahu Allah lihat, Malaikat catat. Akak kan selalu pesan dekat saya supaya selalu ingat azab Allah. Dan bila saya rasa nak buat dosa je, saya terus teringat dekat azab yang Dia janjikan. Saya takut kak. Takut sangat!"



Ya Allah Ya Rabbi..

Hebatnya hidayahMu. Hanya setitis hidayahMu mampu mengubah seseorang menjadi seseorang yang len sangat. Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih.

Wahai kau dan aku yang masih leka berbuat dosa, ayuhlah sesama kembali padaNya sebelum kita dikembalikan kepadaNya.

Hidayah Allah bukan harus ditunggu, tapi perlu dicari.
Macam kau lapar, kau kena usaha nak makan. Kalau tak kebulur lah wei. 

Semoga Allah redha. Jazakallah.