Monday, 22 July 2013 @ 07:14  2 COMMENTS
Buku Physics Tingkatan 5 ditutup. Mata mengantuk tapi masih taknak tutup.
Ish degil betul.
'macam tuan empunya diri le'
sigh.

'Nak buat ape ek. Semua dah tidur.'




Tetibe. 
Zikir dari Hafiz Hamidun kedengaran.
Terkejut bukan kepalang. sigh. astaghfirullahalazim..

"Assalamualaikum w.b.t. Ye nak apa memalam buta ni cik adik manis oit?"

"Waalaikumussalam w.b.t. Ed.. Aku. Hm."

Kaku.

"Er kau kenapa ni sya? Cuba cite slow2.."

"Aku dah putus dengan dia."

Senyum. Alhamdulillah ya Allah, kau makbulkan doa aku.

"Alhamdulillah.."

"Hah? Kenapa kau ucap centu pulak? Angin aku dengan kau ni.!"

"Rileks la. At last, Allah makbulkan doa aku. Siang malam aku doa untuk kawan aku yang comel ni."

"Dah ah. Cakap ngan kau pun tak guna!"

"Wait.. wait.. Sayang aku tak? Dengar aku cakap dulu boleh?"

"Hmmm. proceed. Cepat ah."

"First of all, aku ucapkan tahniah sebab berjaya lepaskan diri dari perkara dosa tu. Senanya dah lama aku nak tegur tapi aku tak kuat. Dan aku seriously tak sanggup tengok kau sedih."

"What? eh bile masa aku...."

"Syush. kasi aku cakap sampai habis dulu. Jangan potong beb! Secondly, aku minta maaf kalau aku kasar and buat kau marah lepasni. Aku taknak tanggung dosa lelama. Boleh aku teruskan?"

"Sila..."

"Kau tau tak yang couple ni haram? Ok jawab dalam hati. Aku rasa kau tau. Tapi biasa ah. Manusia. Kekadang suka menghalalkan yang haram. Tau kenapa couple haram? Cause benda ni mendatangkan zina. Kan Allah dah berfirman dalam al-Quran, jangan mendekati zina? La taqarrabu azzina. Kau punya manja kau punya gedik as in as kenakalan dah kau taburkan untuk orang yang tak halal. sigh. nanti kau nak kasi dekat husband kau ape? secondhand? hmmm taknak lah centu kan. ada satu quotes tu, entah pape ah. couple dengan orang len. tunang ngan orang lain. kahwin dengan orang len. nampak tak yang kalau dah jodoh ni tak kemana? even kau duk south pole, dia pulak duk north pole. kalau Allah dah izinkan, there you go. korang akan bersatu jugak."

Senyap.

"Dia yang selama ni kau duk sayang tu, tak halal buat kau. Kau kena sedar hakikat ni. Falling in love isn't haram. It is what you do with it is Haram. Wey, belum sampai masa ah. Nanti ce imagine. Allah tengah sediakan someone special untuk kita. Someone yang boleh lead kita ke syurga Dia. Kau nak ke syurga kan? Haaa that's why kau kena cari yang soleh. Tapi nak yang soleh, kena jadi solehah dulu beb. Dan kekadang.. mesti ada time kau selalu teringat ex kau kan? time nak makan, teringat. time mandi teringat. even time duk on the phone ngan aku ni pun teringat jugak! hahaha. er weh kau tidur ke..?"

"Aku.. tak. em boleh teruskan?"

Sedikit getar pada suara dia. Ya Allah, sabar kawan. ampuni aku. aku terpaksa.

"Em kau sedar tak selama ni kau dah jarang join usrah? jarang baca quran sekali ngan kitorang? hmm aku rindu nak tadarrus sekali. nak share sekali ilmu Allah ni ngan kau.."

"Aku minta maaf.. Aku jahat kan. Jahat dengan kau. Jahat dengan Allah. Jahat dengan diri aku sendiri. Aku tak kuat.."

"Kau kuat, kau ada aku. Dan yang penting kau ada Allah. Wey jangan lah futur cenni. Allah tak suka. Aku pun tak suka. Jangan nangis ok? Ololololo anak mama.."

"Kau ni... hm kenapalah mama papa aku bawak aku pi jauh2. Sigh. aku rindu kau."


"Kau mention aku tak?"


"Mention? Kat twitter? Helleh aku mention bejute kali. takdanya nak reply. peh tweetfamous!"


"hahaha skull hang. mention dalam doa lah...."


"to be honest, aku jarang. sebab relationship aku dengan Allah sekarang ni macam tak kamcheng. ahahaha angkuhnya aku hidup atas dunia ni."


"ish. takpe. kau dah sedar kan? aku harap kau istiqamah. kita jangan fikir tentang benda2 remeh cenni eh? kita tunggu apa yang Allah dah rancangkan. sampai masa kita kahwin ah dengan orang yang Allah dah sediakan untuk kita. ada babies. then ada cucu ada cicit. ahh sukanya.."


"Woi sapa yang tak sabaq sekarang ni?!"


"Hehehe aku suke tengok babies je. tu jeee."


"duh poyo. weh credit aku dah low. need to go. aku sayang kau!"


"sayang kau jugak. nanti kita mention dalam doa. fi hifzillah!"


Salam diberi dan disambut. Talian diputuskan.





Senyum. Ya Allah, terima kasih :)


Bipp bipp bipp. One new message from Kurus dan Kering.



'Weh, malam ni bangun Qiyamullail. Kita sesama dating ngan Dia. Thanks. Sayang kau. Assalamualaikum!'

Airmata diseka.

Saat tu rasa macam nak buat sujud syukur. Alhamdulillah ya Allah! 

Duhai remaja Islam yang lain bangkitlah! 


Wahai remaja ,bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai. Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!


Jangan dilayan nafsu dan syaitan. Meh bangkit menuju syurgaNya.


Dalam Islam matlamat sekali-kali tidak menghalalkan cara. Al ghayah la tubarrirul wasilah. Niat juga tak menghalalkan cara.


Walk like a boss. May Allah bless. Chiow.