Tuesday, 9 July 2013 @ 06:28  0 COMMENTS


Last Year.

"Kau nak join usrah kat masjid seberang ni tak? Boleh dapat ilmu, ukhuwah pun terbina."

Tanpa banyak kata. Hati dan bibir seakan terus seiring dan sejalan berkata ye.

Tak sangka dan tak juga duga, jumpa ramai orang dekat sini dan semuanya..
Hebat..Hebat..

Ada yang pakai purdah. Ada yang bertudung labuh. Semuanya menutup aurat.
Aku? Masih casual. Even boleh diklasifikasikan as 'menutup aurat jugak lah'. 

Tapi tetap dan terus. Perasaan malu menyelubungi diri.
Betul.. Bila kita nak berubah, Allah akan hadirkan kepada kita ramai orang yang baik2.

Sobss.

Tetiba Aisyah peluk dari belakang dan senyum bagai mengerti akan gelodak perasaan yang sedang aku alami. 

Senyum. Tanpa banyak bunyi. 

Usrah tentang kita si pendosa, done. Sharp pukul 5 sesudah selesai menunaikan solat fardhu Asar.

Memori ligat mengingat balik apa yang telah di musyawwarahkan bersama.

"Kita pendosa. Tanpa noktah. Takkan pernah maksum. 
Islam bukan agama yang memaksa. Islam agama mudah.
Tapi tu bukan tiket untuk kita si pendosa terus istiqamah melakukan dosa.
Mungkin kekadang kita cakap nanti nanti nanti dan nanti. Ah nanti nanti lah berubah."

"Sampai bila harus menanti? Sampai ajal tiba? Sampai Allah seru dulu?"

Gulp. Pedass.

"Berubah menjadi yang lebih baik walaupun dicaci atau kawan-kawan tidak dapat terima perubahan kita. Maybe di mata mereka, mereka tidak terima, tetapi di mata Allah? 

Allah Maha Mengampuni hamba-hambanya. 
Sebelum matahari terbit di sebelah Barat, kita banyak-banyak lah beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana selepas itu, tiada lagi pengampunan yang diterima.

 Kita ada waktu sekarang dan gunakanlah sebaik-baiknya. Kita dah tiada masa yang lepas. 

Kita hanya boleh berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan oleh Yang Maha Mengampuni."

- Hilal Asyraf. 


Tetiba.

"Woi kau nak balik ke tak nak ni?! Nak tidur kat masjid pun boleh. Tapi aku nak gerak dulu."

Kacau daun. Airmata diseka.

"Jom gerak!"

"Kau macam orang yang penyakit albino tu lah. Sesuai sangat. Dahla kening ala ala takda. Muka putih ceng hantu. Kalau dapat offer jadi pontianak, kau terima eh. Cun dengan kau!! Dapat jugak aku merasa first salary kau. Ummm."

"Cheeeseeeee cake! Ahh kau dengki kan? Kau ni aku nak melayan jiwang sikit pun takleh. Selalu kacau daun aku. Hergh!"

"Aku memang suka kacau kau. Dah muka kau selalu merah bila marah. Hahahaha."

"Hek elehh. Macam ah kau punya telinga tak merah kalau tengah gelak sakan! Haha."


"Perghhhh. Isu sensitip tu woi. Takpe. Nanti aku report kat Fatih Seferagic aku!"


"Mangkuk ayun punya cousin! Ni namanya g.e.d.i.k.  Tak payah duk loyar buruk sangat."


"Eleh kau jeles. Tengok tu mukaaaa dia dah tukar traffic light merah. Haha."

"Sampai ke hati kacau aku. Takpe, aku ngadu kat Allah! Hmmm. Dah, siapa sampai rumah lambat, dia cuci pinggan pasni!"

Lari. 

Manisnya ukhuwah yang terbina kerana Allah :)