Friday, 19 July 2013 @ 22:57  1 COMMENTS
Starting point untuk berubah.
Mula2 nak berubah. Memang sakit. Memang pedih. Memang.
Allahu..


Memori lama terimbau kembali.

Phone is ringing. The same number called. 

Sigh. Why is she so stubborn la. Tak faham2 orang cakap taknak.

"Hello Assalamualaikum w.b.t. Ye kau nak ape ni?"

"Wey beb, jom ah hang. Aku rindu nak hang dengan kau sesangat."

Suara ceria. Suara yang cukup dikenali. Yang aku rindu.

"Emm aku takleh la.. Mak aku tak kasi aku hang. Sorry."

Penipuan. Again and again. Like always. Ya Allah berdosanya aku. Dush.

"Alaa please? Demi friendship kita? Kau tak sayang aku en? Mentang2 la dah ada buddyz baru. Takpela..."

Merajuk. Kononnya. Ahhhhhhh why is this happening. Kau tak faham..

"Orait. Tapi kau jangan terkejut pulak nanti."

Sebab aku.. dah lain. tak macam dulu. tak macam orang yang kau kenal dulu..
Kata2 yang tak terluah. Dalam hati.

"Pesal nak terkejut? Hahahaha yeay! Orait aku tunggu tempat biasa dengan geng kita yang len."

Geng kita.. Yang lain... That's mean.. Huh.

"InshaaAllah. Chiow. Assalamualaikum w.b.t."

Sampai bila aku nak terus terusan menyorok cenni. Diorang kena tahu yang aku yang sekarang bukan aku yang dulu. Diorang kena tahu aku dah berubah. Kenapa aku nak malu? Kenapa aku nak takut?
Hahahaha so bad of me. Benda baik ni takkan ah nak malu kot.
Pehh tak logik dek akal yang cerdas.

Jubah hitam. Tudung labuh bidang 60 warna merah jambu, handsock and stockin kaki disahut.

Semoga Allah redha. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Amin! *pejam mata*

Keypad telefon ditekan. Nama si dia di'dail.

"Weh aku dah sampai. Aku duk belakang kau."

Dan macam yang aku dah agak dan sangka..
Semua terbeliak mata tengok aku cenni.

"Aku tak cam kau tadi.. Ingatkan siapa tadi.. Er kau sihat?"

"Alhamdulillah. Er kenapa semua tengok aku macam nak makan ni? Aku lapar. Jom cari makan memana."

"Err kitorang dah nak balik.. Dah lama lepak sini. Sorry ek."

Aku tahu. Ya Allah sebaknya. Diorang tak dapat terima aku yang sekarang.
Takkan diorang nak jalan dengan aku yang cenni? Hahaha Ya Allah :'(

"Oh okay ingatkan boleh lepak lama lagi. Takpe ah. Aku pun kena chiow dulu. Assalamualaikum w.b.t. Semoga Allah redha."

Langkah terus dihayun pergi. Ah jangan nanges lagi. Ramai orang kat sini. Pehh tolonglah airmata..
Lastly, langkah terhenti di foodcourt. Tak lapar tak dahaga. Tapi aku perlu tempat. Nak duduk. Nak tenangkan diri..
Tempat yang jauh dari orang ramai. Naseb takda yang nak kacau. 

Air horlick dihirup perlahan. Airmata mula memenuhi tubir mata. Earphone disumbat dalam telinga.
Nasyid by Rabbani dimainkan. Volume ditambah sampai limit. Hingar bingar dunia hilang sekelip mata.



Cenni ke kawan. Aku tahu diorang takleh terima aku.. Allah sakitnya hati ni.
Phone ditatap seketika. 
Nak call ke taknak? Hmm. I need my Qee, my Bie, my Ana and my Jaja right now.
Huh takleh. Aku takleh cenni.

Lastly. Airmata dikesat. Lastly number ayah ditekan. Aku nak balik. Aku tak kuat kat sini. 

Malam tu. Pukul 3.45 pagi. Tersedar dari lena. 

"Allah kejutkan aku.."

"Fuh. Aku nak jumpa Dia.."

Peace. Aku jumpa ketenangan dalam solat.
Ya Allah, kuatkan aku.

"Akan selalu ada duri bila kita nak berubah. Takpe pijak je duri tu.

Nanti Allah ubatkan. Allah ada untuk balut hati yang kecewa."

-Sahabat Fillah.

I will arise and move on.
Utamakan Allah. 
I am here to please Allah not His creature.