Sunday, 15 September 2013 @ 01:59  5 COMMENTS
Raket badminton dilempar ke dinding sekuat hati. Bunyi kuat menampar telinga.

'huh astaghfirullahalazim.'



duduk bersila di atas rumput yang menghijau. tangan sibuk menguis rumput.
satu persatu ditarik dan dilempar ke angin lalu.

"kau ayan pehal? kesian rumput tu dizalimi!"

sambil tangan aku dipegang erat tanda geram dengan perangai yang kian menjadi-jadi.

"hmm takde ah. aku okay je."

"bajet. macam aku tak kenal anak cikgu Johari ni. kalau takde angin takde ribut takde mendung manenye nak masam memuncung cam itik je dari tadi."

"mangkuk!"

"mangkuk ke pinggan ke gelas ke cawan ke. cube kau story kat aku. kate kawan....."

"kau sayang aku?"

"soalan luar alam betei. hahahaha aku benci kau."

"dah ah. aku gerak dulu. bai!"

tangan ditarik. jatuh terduduk. ke rumput yang sudah bertaburan daun.

"aku sayang kau lah wei. sorry. kenape?"

"aku rasa cam tak disayangi je. hmm fuhhhhh. hahahahahaha. silly me. dush!"

airmata bergenang terkenangkan peristiwa tadi.

"weh!"

"ye?"

"cube kau tarik nafas dalam dalam"

"for what? kau ni. memain pulak. mood aku tengah tak stabil ni woi."

"try lah kejap..."

*deep breath* huhhhh.

"kau masih bernafas kan? haa tu tandanye Allah masih sayangkan kau. even kau rase takde orang sayang, tapi ingat Allah sayang kau. kau, aku, kita semua Allah sayang. Allah masih bagi peluang kite hidup sampai ke saat ni. kenape? cause Allah nak bagi kau peluang taubat. taubat dari segale dosa yang pernah kau buat dulu. aku. aku pun same.."

"tapi... aku putus asa lah. hidup cam aku nak lari. lari jauh!!"

"why must lari jauh jauh? cari mende? cari Allah? beb, cari Allah. di hati bukan di langit. Allah itu dekat. Dekat sangat. Tak payah berlari ke hujung dunia. Dia disini. Memerhati. Aku rasa.. kau perlukan masa untuk cari Allah kembali. rawat hati yang dah parah kritikal tu."

Speechless. Airmata dikesat. Sobsss.

"aku rase aku faham ape kau cube nak sampaikan. aku mungkin dah jauh dari Dia. sebabkan dunia. Ya Rabb. Silly me. Jauh dari Allah sebab dunia. Allah, ampuni aku. Allah. Banyaknye dosa."

"aku tahu kau kuat weh. dah ah jangan nanges dah. tak cun. kau kan supermuslimah to-be. mane leh nanges. kalau tak hilang habes kecomelan tu."

Gelak.

***

 


Balik rumah. 

'aku kan kuat mana leh nanges. jangan futur nurul hayaati johari!!'

Tulis atas kertas. Tampal di dinding bersebelahan meja belajar.

Lukis smiley senyum. Lukis keluarga bahagia.

Semoga Allah redha setiap langkah aku.

"Kekadang kite kene muhasabah diri bile kita rasa tak kuat. Ingat Allah bebanyak."
-Min.

Terima kasih buat yang sudi menemani saat suka dan duka. 

Aku sayang korang.

Lillahi. Ukhuwah sampai syurga. Can eh? ^^,



Quran. Surah Taha.

Bismillah.