Thursday, 17 October 2013 @ 08:22  3 COMMENTS
“Whoever works righteousness, man or woman, and has faith, verily, to them will We give a new Life, a life that is good and pure, and We will bestow on such their reward according to the best of their actions.”

Qur’an:16:97



Don't worry. Be happy. Allah kan ade? Senyum!

***

Jam loceng berbunyi menunjukkan pukul 7.00 pagi.

Kaki dihayun lekas ke dalam bilik. Blouse Ungu disarung.

Moga Allah redha. 

Bismillah. Turun tangga.

***

Pantai Sri tujuh. Dengan tersayang. Qee. Jura. Adnin.

Kepala yang berpusing dibiarkan sepi. 


'Takleh manjakan sangat badan ni. Nanti jadi manja. Susah diri sendiri. Uh!'

Desis hati kecil.

"Kau rasa siapa yang akan nikah dulu?"

"Haha ewah. Entah lah. Kau kot."

"Ehh manede."

"Em aku nak. Nikah muda."

"Haha untungla dah ade calon."

"Peh calonnya takde. Tah ah. Hati manusia ni sukar nak jangka."



"Kalau aku nak yang Style."

"Amboi! Ewah ewah!"

"Tak ah wey. Style la. Rambut pacak pun takpe. Tapi dalam hati ade Iman."

"Ha'ah kan. Haha cun gak! Tapi takutnye nikah dengan Mr Sakaratul Maut dulu."

"Seram!"

Senyum. Diam.

***

"Aku dahagakan nasihat. Kalau aku. Aku nak orang nasihat aku."

"Sama ah. Well. Kita kan tak perfect, so kenalah saling melengkapi."

"Betul. Tapi tak semua boleh terima nasihat.."

"Kan? Kadang aku pun fed up gak nasihat orang ni. Haha. Nasihat. Kejap je terima. Kejap je berubah. Lepastu buat lagi. Geez. Rasa cam syok sendiri je pung pang pung pang nasihat. Pheww."

Airmata.



"Takpelah. Kita tolong dia. Kita kan kawan kerana Allah? So kita kena berpimpin tangan. Beriringan sampai syurga. Kita tolong sahabat kita. Kita kena kuat nak tegur."

"Aku tak kuat nak tegur dia.."

"Sayang dia en? Kena kuat! Janganlah nanges.."

"Tapi aku.. aku sedih ah dia buat aku camni. Rasa macam kawan biasa je. Tak macam dulu. Aku nak dia.."

'Kalaulah kau tahu. Hati aku juga sakit. Aku inginkan dia disini. Bersama.'

Kata2 yang terluah dalam hati. 

"Kita kan sayang dia? Nanti kau try slowtalk dengan dia. Haha takpelah. Dahh dahh."

Kesat airmata. Peluk bahu. Senyum even it hurts. Ha-ha.

"Weh... biasanya kan. Kalau kawan takkan tahan lama. Takat sekolah je. Lepasni. Sorang pi situ. Sorang pi sini. Nanti mesti menjauh. Dah tak ingat dah.."

"Eh eh tu kalau tak bersahabat kerana Allah.. Kita bukan camtu.."



Senyum. Naik buaian. Pandang langit. Waaaaaaaaaaa!

***

Sampai rumah tersayang. Sekali lagi.

Farhana. Masliza.

Kawan baik dari kecil. Sesama comot lagi. Ah rindu!!

"Weh. Blog kau. Asal kau tak bagitau aku.."

Airmata bergenang.

'Hahaha. Expect aku nak bagitau canne. Semua pun busy. Nak contact pun payah..'

Kata2 yang terluah. Hanya dalam hati.

"Hahaha. Manja. Dah ah tu."

"Kitorang sayang kau. Jaga kesihatan tau.. Ingat, Allah uji sebab Dia sayang."

"Pelangi kan tiba. Haha."

"Eh ayat ibu!"

"Eh?"

"Ibu ade cakap. Time kau sakit haritu. Ibu call aku. Ibu sedih, Tak dapat jumpa kau.. Ibu cakap maybe Allah nak beri sesuatu yang lagi baik untuk kau lepasni."

"Insha Allah!"

Senyum.

***



"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Nurul Hayaati. Happy birthday to you!!"

Ya Allah. Terharu!

"Birthday budak tu hari ahad ni kan. Kita sambut awal2 lah. Kekgi dah nak balik tempat belajar masing2 dah."

Ahhhhh terharunya!

"Sayang semua, kerana Allah. Sampai Syurga! Insha Allah! Kita usahakan!"

***

Ya Allah Ya Rabb,

Terima kasih kerana mengizinkan aku merasa kemanisan ukhuwah itu.

Terima kasih kerana mengutuskan mereka bersama aku dikala susah dan senang.

Allah terima kasih atas nikmat ini.

***



Sahabat Fillah,

terima kasih kerana hadir dalam hidup aku.

Seandainya aku pergi dulu,

kenang aku dalam doa.

Iringi aku dengan doa. Bukan dengan tangisan semata.

Aku sayang sahabat Fillah aku. Aku sayang semua!

Kesat airmata. Senyum.