Sunday, 6 October 2013 @ 06:17  2 COMMENTS
Sakit yang menerjah diri dibiarkan sepi.

Walau perit mana pun, tak. Takleh futur. Allah ada. Allah nak uji je. Kan? 

Senyum. Cuba untuk senyum.



Kaki diatur ke bilik. Tanpa sedar. Airmata mengalir di pipi yang panas.

'Ya Allah.. sakit..'

Mata dipejam rapat. Tangan digenggam.

Bismillah. Selawat 3 kali.

3 biji ubat ditelan satu persatu. Air mineral satu botol dihabiskan dalam masa 5 minit.

Almulk dibaca dalam hati. Sambil pegang AlMathurat.

Tutup lampu.

'Allah.. kurangkan rasa sakit ini....'

Pejam mata rapat. Airmata dikesat.

Lena dalam tangisan dan keperitan.

***

Mata yang bengkak dan muka yang pucat ditatap di cermin.

Perit masih terasa.

'Allahuakbar.. naseb baik harini Sabtu..'

Usai Solat Subuh. Badan yang lemah lena di atas sejadah.

***

"kenapa ni? sakit sangat? jom pegi klinik jom.."

suara mak kedengaran. yang aku cinta. mata digosok perlahan. airmata dikesat.

"sakit..."

tetibe jadi manja. Allah..

"jom. mak iron baju. lepasni kita pergi klinik. siap2 eh."

"tapi.."

"dah dah.. jangan banyak cakap. mak tak rasa sakit tu. banyak sangat tu. mak sendiri tak tahan tengok. kita pegi eh? pegi mandi dulu. siap2. mak panggil ayah."

sambil peluk. angkat aku bangun.

***



Jubah dan tudung labuh biru disarung. 

kaki dihayun keluar dari bilik.

"pucat nye muka. macam zombi. hahaha."

senyum kelat.

***

"awak ada stress ke?"
"takde."

"kena minum air banyak ni."

'random thing...... doctor ni. ehm.'

"insha Allah. dah 8 botol sehari doc."

"amboi. but seriously do you really have a problem miss?"

"no."

"rasa sakit kejap kejap ke continuously?"

"nak kata continuously tu tak ah. tapi tengah cakap dengan doc ni pun ade rasa perit. fuhhh."

"i see. makan ubat ikut masa tak?"

"er hehehe."

"dah tau. degil betul. makan ubat tu ikhtiar tau tak. ni haa kena rajin rajin jugak makan sayur tu."

"baiklah...... anything else?"



"takpelah. do not stress yourself. kita ni. bila kita stress, badan kita jadi panas. bila panas tu yang buat awak jadi cenni. ingat, kena jaga bebaik diri ni. kalau tak makin parah. ni. sekarang pun dah teruk sangat. cam bukan macam orang lain. jangan stress. kena banyak baca AlQuran. kita kan orang Islam."

"baik doc."

"ok, i'll give you this medicine. make sure habiskan antibiotik and vitamin. ubat sapu and the other one tu pleasee lah jangan skip. jangan skip breakfast. minum air mineral banyak2. kalau tak jangan berangan nak cepat sihat."

"haha. dulu kata Allah yang bagi sembuh."

"memang la. tapi kita kena ikhtiar la cik adik manis."

"yea yea. every disease has it's own cure except death."

"jaga diri baik baik dik. perjalanan masih jauh lagi."

"i hope tak panjang. tapi  ehm ehem bekalan seciput lagi. peh."

"eh eh budak ni. aku siku baru tau. tak baik cakap macam tu. bila rasa sakit, cepat2 sapu ubat ni. baca selawat banyak2. ingat. Allah tu ada. always."

"ai ai sir! thanks doc. will be missing you. tata!"

"nakal. ok assalamualaikum w.b.t."

***

Pelangi akan tiba.

Allah kasi ujian. Bukan kerana Dia benci. Bukan kerana Dia nak seksa.

Allah zalim?

Tak. Allah cuma uji. Allah akan hadiahkan sesuatu selepas ujian ini kita lewati.



After every rain, there'll be a rainbow.

After every tears, there'll be a smile.

After every hardships, there'll be a happiness.

Ujian. Mendewasakan kita. Si Muslim yang penuh comot diselaputi noda dosa.

Cuba renung sejenak.

Sejak dari hari pertama kita memikul dosa atas bahu kita sendiri. Sampailah ke saat ini.

Sudah berapa banyak dosa yang sudah kita kerjakan? 

Tertawa. Lupa akhirat yang bakal kita duduki selamanya. 

"Heleh. Rilek ah beb. Muda lagi. Watlek watpis. Enjoy la dulu. Cool cool."

Tidak.

Aku tak sanggup cool cool kat sini. Tapi hot hot kat 'sana'. Maaf.

***

Ahh! Nak share ni. Lately.

Aku selalu nampak pelangi.

Indah. Indah sangat sangat.

Allah makbulkan doa aku. Alhamdulillah.

Pelangi kan akan tiba lepas hujan?

Yay! Perlu terus melangkah dah terus tersenyum.