Saturday, 21 December 2013 @ 05:21  1 COMMENTS
Air horlick panas dihirup. Earphone berbaju putih disumbat ke telinga yang agak 'comel' ehem

Jari jemari laju menari di atas keyboard mencari nasyeed bintang syurga di youtube.

Betulkan letak kaca mata. There we go..


'Music please!'

***

"Cane boleh rasa nak berubah? I mean.. sampai macamni? Your personality.."

Pergh. Soalan sama sejak mula istiqomah lagi haha cewah!

"Betul ke berubah? Atau pengaruh rakan sebaya? Atau sengaja? Hipokrit?"

Senyum paksa. Hahaha betapa! Wahai hati, sabar.

"Apa yang buat kau berubah? I mean, siapa?"

Ramai. Terlalu ramai. And indeed, Allah. *Senyum*

***

'It had been years huh since you chose this way?'

'Too much tests. And you are still keeping yourself strong uh?'

'Don't you feel like missing your friends, memories and whatsoever?'

'Are you faking your smile or what eh? Bahagia? Betul ke tipu?'

'Selesa dengan situation sekarang? Really?'

'Tak rindu zaman suram yang tak berapa nak cerah tu ke?'

'Seriously, are you strong enough to face this?'

'Ah it must be hard sometimes. Ahahahaha'

Monologue.

***

Siapa kenal aku dulu, kenal siapa aku. Manusia yang jahil mungkin. Peh. Aku dibesarkan dah cukup elok dah oleh mak ayah aku. Em mungkin la sebab zaman. Eh kesian pulak zaman dipersalahkan. Huu okay. Salah aku. Yang Iman hanya seciput. Senipis kulit bawang. Malah lebih nipis lagi. Mungkin? 

Senyum kelat.

Zaman aku dulu samar2 dengan cahaya. Ceh sekarang jugak mungkin. Tapi tengah usaha la ni nak cari cahaya yang terang tu balik. Biar boleh terangi kehidupan aku ni. Kasi terang tang tang. Takdelah teraba2 nak cari jalan ke Syurga -_- Tengah nak cuba. Kembali pada fitrah as a human being, as a slaves of Allah.

Kesat cecair jernih.


Susah nak berubah, tapi susah jugak nak istiqamah. Yang takleh blah bila ada je makhluk makhluk Tuhan yang tak henti cakap itu ini. Kadang pernah gak futur rebah nanges tak ingat Tuhan, tapi bila pikir balik. Takde guna. Mulut manusia sampai bebila pun kita takleh tolong stapler'kan. Kan?

Bila rasa nak termakan dengan apa yang mereka mereka duk kata tu,
Aku ingat phrase indah ni,

'Wasbir ala ma yakuuluna.' - Bersabarlah dengan apa yang mereka katakan.

Surah AlMuzammil. Ayat 10.

Aku suka baca surah ni. Too deep and meaningful makna surah ni. 
Allah ajar kita, canne nak kuatkan diri. Sungguhlah Allah itu Maha Penyayang wa Pengasih.

Segala benda Dia ajar kita dalam AlQuran tu. Kita je yang tak pernah nak ambik tahu. Huwaa sobs

Dan aku jugak suka,

'Innahu Kaana Tawwaba.' - Sungguh, Dia Maha Penerima Tobat.

Surah An-Nasr. Ayat 3.

Ekceli, semua surah pun best. Kalau kita paham makna dia.
Tapi ni tak. Kita baca je AlQuran tu. Baca untuk khatam. Padehal, Allah bagitau banyak benda dalam Quran ni. Kita ni, yang cetek akal, taknak pulak terokai apa yang Allah bagitau tu. Sibuk dengan benda lain.

Cuba kita tengok cite korea ke cite hindustanhe ke, tanpa subtitle. Agak kita seronok tak tengok cite tu? Atau faham tak apa yang cerita tu nak sampaikan?

Tak. Memang pun. Tak akan. 

Samalah macam kita baca AlQuran.

Salah satu sebab kenapa kita ni si manusia tak seronok baca AlQuran ialah sebab kita tak paham maksud dia.

Sungguh, Kalau kita paham, memang akan nanges. Akan rasa tenang. Akan lebih takutkan Allah. Akan lebih minat nak selami apa itu Islam!



Tapi ye ah, manusia. Kadang, lalai. Gelak tak ingat donia wal akhirah! Nanges sampai lupa yang Allah itu As-Sami'. Maha Mendengar.

Aku pun, kadang lalai gak. Huu I.Allah taknak dah. Amin!

Nahhh! Kena selalu ingat Allah. Yakni berzikir. Zikrullah.
Kat mana2 pun, kalau boleh. If possible. No, by hook or by crook.
Kena selalu sentiasa berzikir.

Biarlah orang nak kata kita gila kerana banyak sebut nama Allah. Kita hidup biarlah berprinsip. Kita jangan lemas dengan pandangan orang terhadap kita. Kita tidak akan boleh buat orang berpuas hati sentiasa dengan kita, jadi untuk selamat, kita selesaikan hal kita dengan Allah. Kita perbaiki hubungan kita dengan Allah, kita perbetulkan diri kita dengan Allah, jangan pedulikan apa orang kata. Zikir dan berzikirlah. Biar kita lemas dalam lautan madu zikir.

***
"Tiada siapa yang bisa membuka hati manusia kecuali Allah. Kerana Allah pemilik hati dan Dia yang memberikan hidayah."

"Hidayah kita perlu cari. Dan, Allah yang memberi hidayah itu. Kita tak boleh tunggu dan duduk diam untuk dapat hidayah. Kita kena cari."

"So don't be a loser. When Allah knocks yr heart with His hidayah, if you didn't respond to it, then YOU ARE THE LOSER."

Antara Quotes yang aku dapat dari orang yang chenta akan aku. Haha ceh, dan yang aku pahat kukuh dalam hati ni.

***

Jadi.

Memang lah bila berubah ni, banyak dugaan yang kita kena tempuhi.

Nak hadap dengan pelbagai persepsi makhluk makhluk yang ada mulut lagi.

Nak kena tahan dengan sakit di hati lagi.

Nak kena tebalkan muka bila dipermalukan atau dibuka aib lagi.

Eh tapi takpe!
Jangan lah cepat futur yakni putus asa a.k.a give up.

Memanglah.

Lagi kita nak dekat dengan Allah, lagi banyak dugaan yang Allah kasi. Husnudzhon dengan Allah. Allah bukan nak seksa kita. Allah bukan benci kita.

Dia uji. Dia sayang.

*Kedip mata.*

So?

Apa yang perlu kita buat sekarang?

Kena tahan dengan ujian.
Kentalkan jiwa.
Kebalkan hati.
Comelkan Iman.
Molekkan akhlak.

Okay tak gitu?

Ya haruslah okay!



Sang Mukmin itu gembira pabila diuji, bukan mengeluh.
Kerna dia tahu Sang Khaliq punya sesuatu yang beautiful untuk dia.

Kena selalu percaya.
Kena selalu percaya. Kena!

Berubah kerana Allah ok? 

Insha Allah! Kita boleh.

Well,
Allah won't put you in a situation you can't handle.

P/s : Smile broadly. Keep calm and walk like a slaves of Allah. Dengan bergaya bukan menggoda. Okeh? Cun!