Sunday, 15 December 2013 @ 01:19  0 COMMENTS
Bismillahirrahmanirrahim.

Mata yang kuyu dibuka dan kaki dihayun lekas ke bilik air.

Jubah hitam dan tudung bawal ungu bidang 50 disarung. Untuk program Free Syria. 11.12.13.

'Allah, bless me in my step. Ease my everything. Bismillah'

***
"Saya melihat sendiri mereka di sana menangis. Menahan kesakitan yang amat. Ditinggalkan orang tersayang buat selamanya. Luka dan sakit yang akan kekal dengan mereka sepanjang hayat mereka. Darah yang mengalir membasahi bumi Syria. Di situ si sini, warna merah mewarnai hidup mereka."

"Pernah saya agihkan roti kepada mereka di sana, tiba2 roti itu jatuh. Semasa saya hendak ambil roti itu, tangan seorang anak kecil singgah di tangan saya yang memegang roti itu. Sambil meminta izin untuk mengambil roti itu. Subhanallah! Betapa eloknya akhlak mereka. Tidak mengambil kepunyaan orang lain tanpa izin."

-Salah seorang wakil yang ke Syria.




Kita di sini? Apa kita masih ingin terus membisu dan menutup mata atas penderitaan mereka?

Kita. Kejam.

***

Hati berdebar.

Dengan hanya melihat video dan gambar mereka di Syria saja dah boleh buat hati kecil ni menangis.

Airmata darah Syria.

Kita di sini, menangis.
Kerana cinta yang pudar.
Kerana dunia yang sementara.

Mereka disana juga menangis,
Menangis kerana menahan kesakitan.

Kadang, mereka hanya tidur sebentar untuk melupakan kesakitan yang mereka alami.

Mereka di sana, jihad!
Jihad melawan si Kejam yang berhasrat meruntuhkan Islam.

Kita di sini juga, jihad!
Jihad melawan nafsu.

Itupun.. kadang2 kita rebah. Tunduk pada nafsu. Tunduk pada si Jahannam, Syaitan.

Sudah sudahlah asyik dengan hati. Perbanyakkan ingat mati. Sudah sudahlah pentingkan diri sendiri. Perbanyakkan fikir tentang Ummah.

Nak jihad lawan nafsu untuk tak tayang aurat dekat ajnabi pun, kita dah kalah. Habis cane nak tegakkan agama Islam? Kesian kita..

Kita.. Islam kan?....



Mata yang celik selama lebih kurang belasan tahun ini menitiskan airmata,

YA. Mata yang celik ini, boleh menitiskan airmata.

Tapi, apa yang badan sihat yang sempurna fizikal dan mental ini boleh buat untuk Ummah?

Oh! Menangis sedih sebak hanya dengan melihat gambar penderitaan Ummah,

Namun, masih sit back and relax? Huha huha dengan dosa?

Apa kita betul betul sedar akan penderitaan yang saudara seIslam kita sedang alami?

Apa kita masih mahu begini? Sampai bila....

Aku tahu, Aku sedar, Aku juga begitu.

Aku tak mampu ikut sama berjihad bersama mereka melawan si Kejam!

Tapi aku mampu..
Hulurkan doa. Sebarkan dakwah untuk anak2 Islam di sini.

Aku masih mampu.

Dan aku berharap, untuk jadi seorang AsSyahid juga..

Suatu hari nanti.. Insha Allah.

Allah, bantu mereka. Tabahkan hati mereka Ya Allah.

***

Malaysia masih aman?

Oh! Sungguh ke tipu?

Tipu.

Malaysia juga tenat.

Negara lain juga tenat.

Dunia ini turut tenat.

Parah! Sakit! Siksa! Pedih! 

Menanggung beratnya beban dosa yang manusia perbuat.

Apa ini yang dikatakan selamat?

Apa ini yang dikatakan bebas dari penjajah?

Ya. Mungkin kita bebas dari penjajah tapi tidak dari fahaman Yahudi.

***

Ya saudara seIslam ku,

Ya Muslims,

Ya brothers and sisters,

Hayya! Hayya ala ffalah! Menuju Syurga Allah.

Hentikan sandiwara di hadapan Allah. Hentikan hipokrit sebagai seorang Islam.

Amar Makruf Nahi Munkar.

Hentikan segala dosa. Dan mula ubah diri untuk jadi seorang mukmin yang bertaqwa.



Bi idznillah. Insha Allah.