Wednesday, 22 January 2014 @ 02:32  2 COMMENTS
Bersua kembali bersama Mrs. Pencetus Ummah to-be! Amin.


Cis. Mukaddimah tu mungkin bunyi macam nak mintak femur tibia patela dan metatarsus mungkin (nama2 bahagian kaki dalam biology) melekat kat kepala ni haa. Aseef atas ke'annoying'an ni.

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah buat teman teman yang sedang membaca penulisan yang tak berapa kreatif ni, di dalam hati masing2.

Entry ni khusus buat yang selalu rasa bosan ataupun sedang rasa bosan atau mungkin akan rasa bosan nanti? Mana tauu.

***

"Mak. Bosan lah duk rumah. Kemas benda sama je. Ngadap benda saaaama je. Hari2 buat benda saaaaama je."

"Dahtu, gi lah keluar ngan kawan2."

"Taknak ah. Nanti letih. Best duk rumah SIKIT. Hehe."

"Amboi sikit....Habestu..?"

"Emm. Alaa bosanlah..."


"Apakata baca buku2 yang mak beli tu? Buku2 tu banyak ilmu taw. Mak beli tu bukan untuk pameran semata. Bukan nak suruh korang adik beradik tatap je tiap hari. Haa awak takde niat nak baca buku2 tu?"

"Buku tu... panjang sangat. Macam essay. Susah nak faham. Hehe."

"Kalau macamtu, nak baca buku yang paling best?"

"Nak!"

"Baca AlQuran. Bukan setakat baca je. Rujuk tafsir tu. Kalau baca je Kalam Allah tu tanpa tahu maksud dia, samalah macam tengok cite hindustanhe tu tanpa subtitle dia kat bawah. Agaknya boleh paham tak apa yang cerita hindustan tu tentang apa? Boleh feel tak? Boleh ke sampai nak nangis2 segala? Haa samalah macam kita baca AlQuran. Kalau kita tak faham maksud, macam mana kita nak feel atau faham apa firman Allah tu. Kan?"

"Betul...." Sengih kambing.

"Takde sebab untuk kita rasa bosan sebenarnya."

"Em betul. Mak, nak air?"

Muka blush. Cari tempat nak sembunyikan muka ni. Haaaa. Kan dah kena. Menusuk pancreas betoi. Ha-ha thanks mak. Amat deep.

***

Based on short conversation antara aku dan mak aku tu, maka bolehlah kiranya kalau kita nak simpulkan bahawa. Memang tak ade sebab pun sebenarnya untuk kita rasa bosan. Sungguh dan sesungguhnya, ada banyak lagi benda yang kita harus dan perlu buat. Kerana kita orang Islam. Kita nak jadi practising Muslim bukan nya Islam sekadar di kad pengenalan sahaja.

Sebelum aku suggest dan hurai laaaagi jauh, aku nak tekankan kat sini. Aku buat entry, aku post sesuatu benda, bukan sebab aku nak menunjuk. Tapi sebab aku nak ajak. Nak ajak buat sama. Nak ajak jadi baik sesama. Whatever it is, terserahlah. Allah tahu niat aku. Take whats good, and ignore whats bad ey? Insha Allah.

Macam usrahmate aku cakap,

"Jadi dai'e tu kena banyak JOM! JOM solat, JOM pi masjid. JOM buat baik. Haa kena banyak mengajak. Bukan banyak menghukum. Kalau nak hukum orang sewenang-wenangnya suka hati nenek mak sedara dia je, pi jadi mufti."

Ehem. Ok.

Biasanya, school leaver a.k.a lepasan Spm ataupun sesiapa je lah yang punya masa lapang, mesti merungut cakap bosan. Boring. Taktahu amenda nak buat. Asyik amalkan TLDM je. Yakni, Tidur Lepak Dan Makan (aku pun dulu. sekarang pun mungkin? heh). Memang dah jadi norma masyarakat cehwah. I mean, dah jadi kebiasaan. Perkataan bosan tu meniti di bibir kita kita ni.

Memang tak salah untuk rasa bosan. Tapi, takke kita rasa yang kita ni pelik bin ajaib dan saangat salah bila kita kata kita sedang bosan, walhal masih banyak dan sememangnya baaaanyak lagi yang boleh kita buat demi kebaikan diri kita dan juga orang lain.

Sebagai contoh yang sangat simple, 

Muhasabah diri.


Ramai yang mengira mereka sudah dalam keadaan OK. Hakikatnya. Tak. Mereka tak OK. OK disini bermaksud, berada di zon yang selesa. Berada di zon yang selamat. Berada di zon yang sudah memuaskan. Berada di situasi di mana, mereka sudah cukup baik atau layak untuk jadi seorang yang ber'identiti cemerlang serta berkarisma. Hui ayat!

Dari sudut Islam, keadaan OK tu ialah pabila mereka sudah punya cukup amal dan mendapat rahmat dari Ilahi yang bakal melayakkan diri mereka untuk bertapak di Syurga Allah. Heh. Benar dan sebenar benarnya, tiada seorang pun di antara kita, Ummah harini yang OK. Kerana, lihat saja Ummah harini. Betapa banyaknya disaster yang dah melanda Ummah.

Maaf ter'skema. Fuhh

Back to the main point, Kat mana kita? Ok scroll atas balik.

Ada baanyak lagi sebenarnya benda yang kita boleh lakukan supaya kita tak rasa bosan. Banyak sangat dan sangat. Tersangat.

Soalan aku pada diri sendiri dan pada orang lain juga, (jawab dlm hati)

Dah berapa kali khatam AlQuran?

Dah berapa kali khatam AlQuran beserta tafsirnya?

Kaji tak sirah Rasulullah s.a.w?

Berapa kali dah pergi taman taman Syurga yakni majlis2 Ilmu?

Ingat lagi hukum hukum tajwid?

Cuba upgrade tak kefahaman kita tentang rukun solat?

Semua tu cuma benda yang asas je. Tapi sungguh, hakikatnya dan realitinya memang ada di segelintir kita yang sudah lupa akan semua tu. Dek kerana terlalu sibuk bermain cinta dengan si dunia yang amat menggoda. 

Jentik dahi sendiri.

***

Dan sebetulnya wahai brothers and sisters in Islam, sudah sudahlah tu nak merosakkan hati dan Iman dengan buat benda benda yang tak berfaedah laaagi tak menguntungkan empunya diri.

Hati tu, jagalah sebaiknya. Sesungguhnya, hati punya baaanyak lagi tugas lain yang perlu dijalankan. Hati tu Allah yang pegang. Milik Allah. Dan biarlah semua tu kekal, selagimana kita masih bergelar seorang Cik dan bukan Puan. Uruskan hati tu dengan sebaiknya. Serahkan soal hati pada Yang Kuasa. Tak salah untuk minat ataupun punya perasaan suka, tapi biarlah yang mengawalnya tu Iman dan bukannya nafsu semata. Bila hati dijentik ajnabi, maka kembalilah pada Allah. Kalau betul sayang, kalau betul nak bersama melayari alam perkahwinan. Bila dah bebetul ready, silalah jumpa Inche ayah dan Puan mama. Tak perlu berkasih bersayang bagai nak rak sampai lupa akan yang wajib. Sampai lagho.


Iman pula, haruslah bagi kita semua yang dambakan Mardhatillah untuk sentiasa upgrade agar Allah sentiasa redha. Yes, Iman tu sifatnya yazid wa yanqus. Naik dan turun. Normal bila Iman menaik dan menurun. Yang tak normalnya, bila Iman turun, tak naik naik. Ini kurang normal. Taapi, yang fantastik nya bila Iman naik, teruskan menaikkan level Iman tu tanpa putus asa. Tanpa ada rasa ataupun perasaan 'puas' dengan Iman yang ada sekarang.

Di mana kita tadi?

Ok, ada rasa nak bosan lagi?

Kalau takde, alhamdulillah. Kalau ade, astaghfirullah! Aiyo

"Remaja kena lah ade life sikit. Takkan nak mengadap benda agama ni je tiap waktu? Classic sangatlah kalau nak buat semua tu!"

Astaghfirullah. Senyum.

Islam itu mudah. Tapi jangan pula kita ambil mudah. Tapi, masalahnya sekarang, kita yang makin merumitkan agama tu. Sampai kita sendiri pun confuse dengan diri kita. Kan? Pergh

Banyak je cara lain lagi yang boleh dekatkan diri kita dengan Allah. Nak bantu kita selami Islam dengan lebih mendalam. Banyak lagi. Sebenarnya.

Contoh, kita boleh je dengar nasyid2. Boleh je surf website. Cari blog2 Islamic. Boleh je tanya Mr Google atau Mrs Yahoooo. Boleh je kawan dengan orang yang sukakan Ilmu. Boleh je apa jua cara sekalipun.

Tapi takutnya, ter'menyeleweng. Niat kita dah elok dah, tapi terrjebak pulak dengan fahaman sesat yang boleh buat akidah kita pusing 360 darjah.

Sebabtu, rujukan terbaik tu ialah AlQuran.

Kalam Allah. Dari Allah.

***

Alhamdulillah, lepas sentap dengan beberapa orang yang memang berjaya buat aku ter'sentap dengan kuasa Allah, maka masa aku sekarang lebih banyak terisi dengan benda benda cenni. Mula mula tu rasa gak cam leceh je nak baca buku tebal2 yang Islamik tu. Lebih baik baca novel ke ape ke kan? Tapi, bila try baca buku2 Islamiah tu, rasa macam tenang je. Rasa macam 'oh, baru aku tau'. Ilmu banyak masuk. 

Dan, lepas Solat kalau boleh memang nak kena baca dua tiga helai page. Kalau tak rasa macam , missing, Rasa macam tak lengkap hari tu tanpa ayat cinta dari Allah. Kalau dulu, selalu lepas solat. Usai doa tu terus buang telekung buat kerja lain. Tapi alhamdulillah, cuba ikut pesan mak. Untuk hilangkan rasa bosan tu, rasa macam 'oh, damai hati ni.' Sebelum tidur, amalkan surah AlMulk and As-Sajdah. Tiap hari Jumaat pulak, amalkan AlKahfi. Malam Jumaat tu, Surah Yaasin. Laaagi terharu dan menaikkan semangat, bila baca Yaasin berjemaah dengan mak ayah lepas Solat Hajat dan Solat Maghrib. Memang rasa lah kemanisan ber'famili kerana Allah tu. Haha ade ke gitu. K tapi memang, alhamdulillah. Allah bagi rasa semua tu.

Bukan. Aku bukan nak menunjuk. Tapi sekadar nak suggest. Nak share rasa dan nikmat buat something ni. True. Bila kita buat kerana Allah, bila kita buat bukan sebab manusia, memang nikmat'nya buat something tu akan laagi terasa. Dan at times, kita boleh burst into tears. Tetibe je. Dan akan rasa 'ruginya aku. selama ni aku lalai. tak buat semua nii.' Haa rasa yang ahh aku takleh nak gambarkan.

Korang, sahabat aku. Walaupun kita tak kenal, jomlah. Jom kenal Allah dengan lagi dekat. Jom amalkan gaya hidup sihat dan gaya hidup Islam yang sebenarnya. Bukan part sedekah, solat, zakat, haji je. Part lain, wassalam. Bukan, jom kita ambil Islam ni secara menyeluruh. Bukan ikut suka hati jiwa raga basket kita je nak cubit yang manis manis je dalam Islam. 

Muslim dan Mukmin tu beza. Dan jom! Kita jadi Mukmin!

Allah tahu niat kita. Allah tahu.


Belum terlambat untuk mengubah segalanya. Everyone was born with the key to Jannah, either to retain it or to lose it. Either to live well or live hell, we choose. Make the best decision because this is about you.

Not me or everyone else.

Wallahu a'lam.