Wednesday, 8 January 2014 @ 22:39  2 COMMENTS
Earphone disumbat ke dalam telinga. 

Tangan ligat mencari lagu yang sesuai untuk menghibur hati yang sedang berbaur rasa. Terharu. Sadis. Gumbira. Ah!

Snickers digigit perlahan. Emmmm.




Lagu greenday dipilih setelah sekian lama marathon list.

***

Mata dipejam rapat.

"You had changed. I miss the old you."

Ayat yang seakan terngiang di telinga.

Deep breath.

"But I miss Allah and I love the Me now."

Minda dibawa lekas meninggalkan memori. Sigh.

Maafkan aku, sahabat.

***

Telefon warna putih tetibe bergetar. Menghanyutkan segala ingatan

"Assalamualaikum w.b.t. Hello?"

"Hello! Beb, ni aku. Awin. Ssup?"

"I'm living. Still doing fine Alhamdulillah. Wey buang tabiat ke cane call aku memalam cenni? Orang nak tidur la.."

"Poyo. Aku......"

"Kau......"

"Aku dah balik Kelantan! Sampai pukul 11 tadi. Hehehe."

"Wahhhh! Pesal tak gitau awal2?"

"Agak ah. Nak buat suprise ni. Suprised tak?"

"Tak. Unless aku nampak batang hidung kau depan depan."

"Esok. Boleh?"

"Aku.. kena tanya mak aku dulu. Ha-ha."

"Cis bajet macam senang nak out. Haiya anak mak le katakan."

"Mak aku protective sekarang ni. Hahahaha dia sayang aku."

"Eugh sorry. Wey siyes ni. Esok wajib on! Jumpa kat parkson. K till then. Muah muah. I love you. Goodnight."

Senyum segaris. Goodnight.

***


'Aku pakai baju all black. Tunggu kau kat coolblog. See you.'

Beep beep. Mesej diterima. Roger!

'Mana dia ni... kata pukul 11. Nak call takde credit. Ahhh.'

Nafas dihembus perlahan. Huhhhh

'Itu.. waaa all black? kat coolblog? and sedang tengok aku. and.. pakai niqab?! Is that her?! Seriously?!'

Kaki dihayun lekas. Bibir senyum segaris.

"Assalamualaikum. Wey lama tunggu? Sory lambat!"

"Waalaikumussalam w.b.t. Ah? Kak ed kan? Er.. Tunggu..?"

Ok kejap. Kepala ligat berfikir. Geez malunya muka aku!

Muka dah taktau nak buat reaksi ape.

"Akak, kenapa muka merah gitu? Hahaha."

"Ok..... hm sorry dik. Akak salah orang.... K jangan gelak!"

"Ok ok. Haha akak! Tak sangka dapat jumpa kat sini."

"Awak yang tegur akak dalam twitter tu kan? Hehe lupa ni.."

"Yelah akak sayang. Hee. Akak tunggu kawan akak ey?"

"Haa yep. Dia cakap all black. Tunggu kat cool blog. tu yang boleh silap orang ni. Haiyo ampun ya ampun."

"Nah itsokey."

Senyum.

Tetibe bahu direntap dari belakang.

"Wey!"

Kepala lekas berpusing 360 darjah.

"Eh.. Awin ea?"

"Ye ah. Dahtu siapa. Kau ni pun laa."

"Okay.."

Terpempan.

"Dah jom ah gerak."

Tangan ditarik. Kaki dipaksa menurut langkah gadis yang berambut panjang paras pinggan itu.

"Eh eh! Adik, kita jumpa lain kali. Akak gerak dulu. Tata laila! Assalamualaikum!"

Sedang itu, kepala kembali mencari fius yang telah putus agaknya! Oh sahabat aku!

***

"Kau.. kenapa tak makan nasi tu?"

"Takde ah. Aku takde selera ah."

"Makan."

Kata kata bersama mimik muka yang memberi arahan. Cis okay okay.

***

"Kau rasa, orang macam aku boleh berubah tak?"

Senyum nipis.

"Aku pun pernah jadi orang macam kau. Walau dosa kita tak sama, but still. Tuhan kita sama. Yang Satu. Dan Satu Satunya. Boleh. Percayalah aku."

"I want to be like you.."

"Don' try to be me. Be yourself."

"Then, should I be I am who I am?"

"You are who you are ikut syariat Allah."




"Hm kenapa kawan kau tadi tengok aku pelik je? Dia jijik ey dengan orang macam aku?"

"Astaghfirullah. Husnudzhon awin. Istighfar."

"Yea well, aku tahu aku tak pakai tudung. Rambut warna. Baju pun ketat. I am not blind to not to see those thing. It happended. Banyak kali. Bukan once okay."

"Take that as a challenge."

"It kills me. Persepsi orang buat aku muak. Menyampah. Jadi lost."

"Then, kau taknak try berubah.?"

"Nak.."

"Jom?"

Senyum.

"Aku nak ajak kau gi satu kem ni. Nak?"

"Kem dekat mane?"

"Dekat ni jee. Pengkalan Chepa."

"Kem menda?"

"Kem.. hijrah."

"What?"

"Hijrah."

"Okay.. insha Allah boleh. Berapa hari?"

"1 hari je."

"Aku tanya mak aku lu."

"Beres."

***

Knock knock knock.

"Assalamualaikum!"

Pintu dibuka sedikit. Wajah awin yang murung kelihatan.

"Kau.. kenapa? Wey pesal tak siap lagi ni? Kata nak gi kem?"

"Aku.. takde baju."

"Huh what the..."

Hanya wajah lesu yang kelihatan. Badan dihenyak ke sofa lembut. Comfy!

"Okay jangan risau. Pegi je siap. Cepat?"

"Heh kau nak aku pakai baju kurung ni and tudung singkat ni?"

"Aku ade spare. Well, just in case.. Nah."

Tudung labuh ungu muda dihulur.

"What? Hahaha you gotta be kidding me, yea kiddo?"

"No. Serious. Kita dah lambat. Give it a try."

"Aku malu."

"No need. Kan takde sape yang cam kau kat sana? Come come. Cepat ah!"

"Okay.."




'Alhamdulillah. May Allah ease everything. Ya Allah, kurniakan hidayah buat kami berdua. Amin!'

Senyum ditarik sampai lesung pipit kelihatan di kiri. Eiwa! Ha-ha k.

***

"Do I look good?"

"You are. Allah suka. Aku pun."

"Cheeeseeeee! Kerja kau. Takde ke tudung yang lagi labuh?"

"Kau nak telekung solat?!"

"Ok fineee!"


***

"Aku takut lah wey."

"Rileks. Walk like a boss."

Jari digenggam erat.

'Bismillah. Allah, ease us.'

***

Seri orientasi bermula.
Sesi muhasabah diri dan ceramah sudah lepas.

"Ed, thanks for this tudung."

"Yay no biggie. My pleasure."

"Aku rasa kalau aku tak ambil tudung kau ni, dan pakai tudung aku yang jarang dan Maha singkat tu memang aku cabut balik awal2 lagi dah."

"Eh why?"

"Wey kau tengok ah keliling kita ni. Semua tudung labuh. Cam half of participants harini, pakai niqab. Purdah. Aku malu le wey."

"Nawh, just be who you are."

"Asalkan ikut syariat Allah."

Kata2 yang ditutur serentak. Gelak berjemaah.

"Ade chemistry kite ni. Wahaha. nanti aku pulangkan tudung ni. Bagi aku basuh dulu eh?"

"No need. Ambil je lah. Aku sedekahkan."

"Em wey..thanks."

"Pleasure."

Hug.

***

Jam loceng berbunyi menunjukkan pukul 4 pagi.

'Bismillah.'

"Awin.. bangun. Jom tahajjud?"

"Em aku letih lah.. Kau tahajjud lah dulu. Aku nak tidur lagi"

"Okay.. nanti kalau larat, come and join me eh?"

Kaki dihayun ke bilik air.

***

Usai mengaminkan doa. Bunyi esak tangis di belakang.

Hati berdebar.

'Ya Allah.. protect me....'

Awin bangun dan duduk di sebelah.

"Fuh Allahuakbar. Aku ingat lembaga menda tadi!"

Tetibe, dipeluk erat. Cecair jernih jatuh menitis di atas riba.

"Awin..?"

"Aku rindu Allah.."

Pelukan makin erat. Esak tangis semakin kuat kedengaran.

"Awin.."

"Aku nak masuk Syurga.."

"Awin.. pandang aku.. boleh?"

Diam. Sila dibetulkan. Telekung yang senget dibiarkan.

"Awin, kau patut brsyukur taw. Allah dah ketuk pintu hati kau tu. Bukalah pintu seluas luasnya. Allah pun rindu kau.."

Cecair jernih di pipi dikesat.

"Dosa aku.. banyak."

"Aku pun sama. Tapi. Allah's mercy is bigger than our sins. Kan? Ingat tak ceramah pagi tadi? Kan Allah dah kata, sebaik baik pendosa itu ialah orang yang bertaubat."




"Tapi.. aku selalu failed."

"That's why pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka untuk hambaNya."

Senyum.

"Layak ke aku untuk Syurga Allah?"

"Kalau nak kira layak, semua orang tak layak. Sebab kita punya dosa.. banyak sangat."

Sebak. Tarik nafas. Cari kekuatan.

"Tapi.. Kan Allah suruh kita bertaubat? Allah akan bagi kita Syurga nanti."

"Payah.."

"Memang payah. Siapa kata senang macam makan kacang? Tapi, kita kena jugak. Sebab kita hamba. Dan Dia Tuan. Tuhan kita. Satu satunya."

"Pimpin aku."

"Pimpin aku jugak.. Seiring. Ok?"

Senyum. Peluk kembali erat.

Suara bilal melaungkan azan. Allahuakbar.

"Wey dah Subuh. Jom jemaah?"

"Tunggu aku wudhu'!"

Senyum.

***

Mata yang merah ditundukkan ke bawah. Merenung kaki. Macam boleh tembus. Peh

"Wey, tengok lah aku. Aku dah nak balik Selangor dah ni."

Masih tak berganjak. Tangan memeluk tubuh. Erat.

"Tak sudi tengok aku? Nanti dah payah nak jumpa aku.."

Diam.

"Woi! Kau ingat aku tak sedih ke? Ha-ha-ha. Drama hindustanhe la kau ni."

Tangan cepat mengesat cecair jernih yang mengalir di pipi.

"Jangan rindu aku nanti."

"Ed, kau sahabat dunia akhirat aku."

"Jangan lupa doakan aku."

"Akan selalu."

"Jangan keluar dari gerabak hijrah ni."

Diam.

"I'll try my best."

"Aku sayang kau!"

"Poyo. Dah ah. Aku gerak dulu. Nanti jangan lupa check bag kau. Ade something dalam tu. Ciaw."

"Haa?!"

"Assalamualaikum w.b.t!"

Salam disambut. Airmata kembali bergenang. Bibir diketap.

'Moga Allah sentiasa redha. Selamat tinggal, sahabat.'

Senyum.

***

Kotak kecil berbalut plastik merah dibuka.

'Ya Allah... comelnya dia ni balut Snickers. Cheese ingatkan mende.'

Kertas warna putih dibuka lagi.

'Aku sayang Nurul Hayaati Johari. Doakan aku sentiasa istiqamah. Dan dapat masuk Syurga. Bila aku dah pakai baju yang serba putih macam kertas putih ni, aku harap kau doakan aku agar dapat bahagia di alam sana. Ey? Sayang kau, si keding! Jzzk. Ciaw~'




Cecair jernih di pipi dikesat. Pandang langit.

'Ya Allah, peluk hati kami sentiasa.'

Senyum.