Tuesday, 28 January 2014 @ 05:34  3 COMMENTS
Jubah material jeans ditatap. Letak tudung dibetulkan. Kaki dihayun ke meja solek. Tehee. Wajah dan badan seiring dibawa menghadap cermin.



'Hai. Nurul Hayaati Binti Johari?'

'Hai imej saya.'

'Awak dah lain sekarang.'

'Memang. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang~ Ewah!'

Diam.

'Kalau dulu.. manade nak pakai benda alah ni. Leceh ah kalau pakai tudung yang bidang 60 ni. Lagi2 tudung bulat yang labuh tu. Panas gi-la oh. Handsocks dan stockins ni pun jarang sangat. Ha-ha-ha dan HA. Sadisnya cerita dollu dollu.'

'Taapi.. tu zaman gelap samar samar cahaya kan?'

'Ya.. taapi banyaknya dosa! Sadis...'

'Kan tengah tobat? Dan sedang berhijrah?'

Senyum. Ketap bibir. Tahan sebak didada.

Tetibe, pintu bilik dikuak.

'Wei mana buku aku?'

Puffffff! Iiimaaaagiiinaaaasi terhenti!

Bermonolog sendirian. Ber'conversation sendirian. Bukan gila tapi hiba!

Cis kacau daun sungguh si hamba Allah tu tadi. adeih!

***
Bismillah.



Jadi, entry kali ini tentang hijrah. Penghijrahan. Perubahan. Way to be a better person. So nice.

Buat mereka yang request aku untuk cerita tentang kisah hijrah aku.. minta maaf dan mohon beribu ribu ampun. Terlalu panjang dan memang aaagak tak sesuai kalau nak cerita umum. Dan, kalau nak tahu jugak boleh. Tapi in private. Eh? Aseef. Hehe buat yang nak tahu je lah.

Okay. Ehem. *betulkan sila*

Aku yakin dan percaya.

Dalam tiap hati mereka2 yang masih HIDUP, pasti akan terdetik rasa ingin berubah menjadi seorang yang laagi baik.

From bad to good. From good to better. From better to laagi better.

'Jangan from good to bad sudah.'

Ok.

Kenapa centu?

Kerana memang sudah fitrah manusia sukakan kebaikan. Memang manusia suka benda baik. Memang manusia suka buat baik. Sebenarnya.

Taapi, disebabkan terikut dengan tarikan hawa nafsu dan godaan syaitan yang sangat mengajak ke arah kejahatan,

maka adalah segelintir manusia yang 'lari' jauh dari fitrah mereka.

Nauzubillah.

Baiklah. Jadi, anda nak berubah dan sedang berhijrah?

Kalau ya, alhamdulillah. Kalau tak, astaghfirullah. Moga Allah beri hidayah.

**

"Weh, kalau mu. Mu suka diri mu yang sekarang ni, mula sejak dulu lagi ke. Atau mu suka mu yang 'dulu' dan barulah mu yang 'sekarang'?

"Aku suka aku yang 'dulu'. Dan aku yang 'sekarang.'"

Orang yang pernah masuk ke dalam lorong gelap jahiliah, akan lebih dan laagi tahu tentang betapa manisnya jalan terang tarbiyah.

Ya sememangnya.

Memang amat susah untuk tinggalkan dunia jahiliah yang maha seronok dan maha mengasyikkan (walaupun cuma sementara) tu, taapi. once kita rasa betapa manis dan indahnya penghijrahan dan proses tarbiyah tu.... Allah. Subhanallah. Nanges T_________T

"Orang yang tak pernah lalui zaman 'gelap tanpa cahaya' ni taktahu apa yang kitorang yang pernah lalui zaman ni rasa. Diorang cuma tahu menghukum. Tapi taktahu menolong. Tangan tak dihulur. Raungan tak disambut. Nilah salah satu faktor, why people is scared of changing for the better."

Benar. Tak semua. Tapi segelintir.



Kita cuma tahu nak menilai dan menghukum. Tapi kita tak reti nak menghulur dan menyambut. Kesian kita. Nanti orang2 seperti 'mereka' tu lah, yang akan dakwa kita di akhirat kelak. Sebab? Tak buat apape pun untuk tarik diorang kembali ke jalan yang benar.

Sebenarnya..

Ramai orang yang pernah aku kenal dan aku sendiri pun dulu, takut nak berubah disebabkan takut nak menghadapi persepsi orang lain.

Betul. Memang takut. Sebab kita hidup di dunia yang sesak dengan manusia. Kalau semua manusia berhati mulia takpe, ni.. ada yang agak hampagas. Oops maaf.

Taapi, fikir punya fikir punya fikir.

Tak perlu pun sebenarnya fikir tentang 'mereka mereka' ini. Sebab apa? Sebab yang nak bagi kita pahala, yang nak bagi kita Syurga. Itu Allah. Bukan manusia. Bukan makhluk. Yang kita perlu 'please'kan, is Allah. bukan HIS creature. Belajarlah untuk endure the pain. Learn the hard way, so that you'll get to go through the hard test dengan bergayanya.

"Cacian? Pelbagai persepsi? Berbagai fitnah dilemparkan? Kata aku hipokrit? Hmmm. I'll just take it with an open heart. Maybe, Allah nak tunjuk kat aku kot. Dulu pun, aku pernah gak suuzhon dengan mereka2 yang pakai tutup aurat yang kembali berhijrah ni semua. Dan sekarang, it happens to me. Uhuks. And, I have to accept the facts that manusia punya mulut takkan dapat kita stapler'kan atau sumbat kain busuk. Sebab nanti mesti akan kena saman. Hadohaii. Moga Allah beri mereka dan aku hidayah."

Sengih.

"Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata: "Kami beriman kepada Allah," tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap dugaan manusia itu sebagai seksaan Allah..."
QS Al-Ankabut: 10.

Senyum.

Betul. Change is never easy. Taapi, remember? Allah is here for you. For me. For us. He brings us this far, so He'll help us go through this. Believe.

"Eleh, kau cakap senang ah!"

Hmm. I've learnt it the hard way too? Sobss. Ey my dear brothers and sisters in Islam? Rilek ah. Anggap ni semua juga satu ujian. Cacian kejian dan hinaan yang kita terima ni merupakan satu bentuk ujian yang Allah hadirkan untuk kita. Bukan untuk menyeksa. Tapi, untuk memberi pahala dan mengikis dosa-dosa lalu. Baik kan Allah? Sungguh. Dia Maha ArRahman ArRahim.

There's time you feel like sesak sangat kat situ. *tunjuk dada* There's time you feel like wanna cry like a child lost his mom. There's time you feel so lonely, eventho ada je orang kat sekeliling. But still, kita masih rasa lonely. Yang amat sangat. Kenapa? Jawapannya..



Jiwa kita kosong. Jiwa kita meronta2 ingin kembali pada Allah.

Kenapa kita zalim sangat pada diri sendiri? Kenapa?

Kita taknak masuk Syurga ke? Kita tak sayang Allah ke? Kita tak takut azab Allah ke? Kita.. waras tak?

Janganlah angkuh. Balik pada Allah.

"Aku bukan taknak.. Tapi masih muda lagi. Buatpe nak kalut. Enjoy lu."

Zaman kanak2 kita tak cukup lagi ke untuk enjoy? Hey, ummah sedang tenat tau sekarang. Dunia dah nak kiamat. Masih nak bersuka ria bergelak ketawa bergumbira hoooreay hoorey?

Jangan zalim dengan diri sendiri.

Baliklah ke 'rumah' asal. Jom. Ke Syurga?

Aamin.

***
Dan bila kita dah start berubah, memang akan ada baanyak sangat ujian menanti untuk kita lepasi.

Bersabarlah. Kerana ujian itu untuk orang yang beriman!

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, ''kami beriman,'' dan mereka tidak diuji?..."
QS AL-Ankabut:2

Lihat? See? Nampak? Sentap dan sungguh, tertusuk pancreas.

"Dan sesungguhnya, Kami telah menguji org yg sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org yg benar dan pasti mengetahui org yg berdusta...."
QS Al-Ankabut:3

Senyum.



Jadikan mistakes tu sebagai stepping stones untuk kita terus maju ke depan. Move on. Move forward. Kejar mardhatillah.

Wahai pemuda pemudi Islam, bangkitlah.

Lawan nafsu dan Syaitan. Indeed. Syaitan tak kuat dan Iman kita yang lemah.

Jadi ayuh dan jomlah upgrade Iman.

Moga Allah redha. Aseef atas segala kekurangan.

***
"Kan best kalau Jaja ade sekali ngan kita?"

Tengok kerusi kosong satu. Kek disuap ke mulut. Yumm.

"Ahh jaja! Ya Allah. Cepatlah jaja, RASA macam kitorang. Amin amin!"

Senyum. Peluk. Ek eh. Tahan airmata. Cengeng betol!

---
"Ha-ha. Lawak gi-la tengok gambar zaman dollu dollu. Time aurat aci redah. Ajet gaya slumber aci redah semua benda. Zaman kegemilangan. Gila-gila. Gelak tak ingat dunia."

"Kannn. Time passes through. WE've changed a lot."

Sebak.

"Ehehe. Tapi aku still gila2 weh. Slumber dohh. Slumber beriman. Kahkah."

"Ana, bestnya lekat colourful sticky notes ni kat Quran!"

"Ha'ah kan. Mesti kita rasa sayang dengan Quran nanti. Ehee."



Dan mulalah misi penuhkan Quran dengan sticky notes yang colourful. Dan juga misi menerokai ayat ayat cinta dari Allah.

"Weh ayat ni.. best."

"Weh, tengok ni."

"Anaaaa! Look at this."

"Wey! This. Aku suka ayat ni."

"Hm, merah sudah. Warna biru lah pulak."

---

Sempat lagi tengok video Nikah. DENGAN ANA. REPEAT. DENGAN ANA. Hahahahahaha. Ehhem. Okay okay.

Si zaujah tu malu2 kucing nak salam dengan zauj dia. Well, first time nak cium tangan ex-ajnabi tu. Mesti seram sejuk en? Eheh.

"Hahaha aku terima nikahnya nur farhana binti muhd sukri dengan..."

"amboi! maju! ada peningkatan. dah fikir?!"

Ana terus bajet malu. Gaya wanita melayu terakhir yang malu bila putera raja masuk meminang. *evil laugh*

Dan akhirnya dua dua terlentok atas katil dek kerana penat.



Till then. Sahabat semua, uhibbukum.