Thursday, 9 January 2014 @ 06:35  2 COMMENTS
Butang dial ditekan. Beep beep.

Panggilan bersambung.

"Assalamualaikum w.b.t."

Salam disambut.

"Akak, tolong 'sental' kan ed, can?"

"Haaa ade something wrong somewhere laa tuu."

"Alaaa please. Tengah serabut ni. I'm lost."

"Bereh. Lepas Asar siap. Akak datang jemput. Kita gi TTA."

***

Baju kurung warna putih bunga merah disarung ke badan. Sedikit vaseline dicalit ke bibir. Peh merekah lagi. Kan dah sexy. Ehem ok joking.

Berdiri depan cermin.

"Siapa yang terpapar kat cermin tu?"

Aku.

"Muka ni ade rupa boleh masuk Syurga ke?"

Heh. (fill in the blank) Insha Allah!

Beep beep beep.

'Ed saaayanggg, akak dah kat bawah ni. Cepat la budakk!'

***

"Kita nak gi mana ni?"

"Our makkanni changed. Kita gi pantai."

Senyum lebar. Yay!

"Hayya fi 'pantai'! Ek? Ok abaikan.

***

Langkah dituju ke arah bangku kayu bawah pokok rendang.

"Akak, nampak tak pakcik tu?"

"Nampak eskrem.... Dah tau dah. Ey besar kecik besar kecik aku tengok budak ni! Tunggu sini. Jaga bekal. Akak gi beli jap. Jangan mengelamun!"

Sengih.

Pandangan ditala ke langit yang mendung. 



"Subhanallah.. tenangnya langit. Hm"

***

Aiskrim perisa coklat dinikmati dengan sungguh2.

"So, kenapa tetibe nak kena 'sental' harini?"

"Aci tak kalau ed kata sebab rasa hati ni tak tenteram?"

"I see... okay."

Kon aiskrim selamat menuruni rengkung. Ehem. Bismillahirrahmanirrahim.

"Mesti ed tahu kan dalam AlQuran, ade satu ayat ni, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Tahu dan faham kan?"

"Tahu dan faham."

"Amal ke tak?"

"Eh?"

"I mean, buat tak all those thing yang buat awak ingat Allah?"

"Buat.."

"Betul? Dengan sungguh sungguh atau sekadar buat?"

"Hmmm." Dahi berkerut seribu. Tiba masa untuk sentap. Ah hati, sabar!

"Ok bismillah. Akak cakap ni untuk peringatan bagi diri akak jugak ey? May I proceed my dear little pretty sister?"

"Tafaddhol."

 "Lately, akak perhati ramai yang hanya sekadar BUAT tapi tak hayati apa yang mereka amalkan tu. Bukan mereka je, akak pun sama. Mungkin? Hm. Berapa ramai yang solat, sambil hayati setiap pergerakan, sambil hayati setiap bacaan dalam solat? Berapa ramai yang bebetul ingat Allah bila tengah berzikir? Berapa ramai yang sungguh sungguh meminta bila berdoa? Berapa ramai yang bebetul hidup macam seorang yang beragama Islam?"

Gulp.

"Betul. Kita buat apa Allah suka. Tapi kita suka tak buat apa yang Allah suka? Kewtuk dada tanyalah sang Iman."

Sigh.

"Do we want to follow the flow or stand with what we're here(dunya) for? It is a hard decision. Very. Expecially when we have the uber kuasa veto in our hand. But then again the question is; why are we here and what are we here for? Think deep."

Why I am here,

Because Allah sent me here.

What I am here for?

As a Khalifah. Khalifatullah.

"Er ed? Ngigau ke?"

Sambil awangkan awangkan tangan. Tepis angin. Heh

"Eh no. Just thinking, proceed please?"

"My pleasure. Em the major factor why kita tak dapat nak cinta Allah sepenuhnya dan tak dapat nak hayati setiap apa yang kita amalkan tu is, for sure sebab kita tak ikhlas. Kan? Sekadar nak penuhkan quota. Ye secara zahirnya memang kita buat apa Allah suka. Taaaapi, secara batinnya? Ketuk dada dengan hammer, tanya cik Iman yang bersifat yazid wa yanqus. Kita sedar tak, Allah tahu setiap apa yang terdetik di hati. Allah knows what is in every heart. Allah knows what you do not know. Allah knows everything. So, what are we trying to hide?"

"Nothing.."

"True. Bukan lah nak kata kena buat ibadat je 24 jam. Kan dah molek Allah sediakan kita siang dan malam? So, buat semua benda bermotifkan satu hal, Nak Allah redha. Dan berprinsipkan satu hal, Allah is watching us EVERYTIME."

Perkataan EVERYTIME sedikit ditekan tone dia.

"Wise word.."

"Do everything, for the sake of Allah Taala."

Hmmm.



"Akak, what about kalau kita terimbau masa lalu kita? Rasa macam nak kembali pada zaman tu? Um, just asking, maybe?"

"Tu mainan syaitan. If they (syaitan) reminds us obout our past, then remind them about their future. Alaaaa my dear, past is past though. You are not living in the past anymore, ain't you?"

"True... but it is hard at times though."

"Yes it is, i've learnt it that way too. But, do you believe in Allah?"

"Of course I am?" Er

"Then, keep believe in Him. Keep calm and have faith. The path to Jannah may be so hard at times, but do we really can give up? Can we? How could we? Do we really that eager to enter the HellFire?"

Uh... deep.

"Everyone really deserves chances."

Very.

"Kalau nak ikutkan dark and ugly pasts, maybe we should go through some of the cerita Sahabat Rasulullah s.a.w. For inspiration. Saidina Umar Al Khattab, for example. Still remember?"

"Ai ai."

"Umar was really against Islam before he enter Islam. And he was so not very nice to put it mildly. He once killed his child. Allahu. He was so against Islam as he against everything about Islam. His temper, is really legendary. Segala benda dia deal dengan pedang. Tak pun dengan tapak tangan melayang. He is so the very garang one. Tapi..."

Macam pernah dengar ayat ni...

"Lepas dia masuk Islam, dia gunakan segala qualities dia yang legend tu untuk Islam. Sebab? Dia faham bebetul akan makna syahadah yang dia lafazkan tu. Sebak akak. Saidina Umar menanges kesal akan dosa dia bunuh anak dia. Ok meremang bulu roma. Seteruk teruk Umar sebelum Islam, pun boleh berubah apetah lagi kita yang masih lagi bertatih di dunia yang sementara ni?"

Gulp. This is Anthem punya novel. Takpe re-understand.

""Dosa2 ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - Imam Syafie.

Quoted.

"The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let your past dictates you."

Peluk bahu.

"So.. cane?"

"I just feel like crying, right now. Ha-ha. The manja 'me'.

"Spill it out......"

"Taknak. Akak nak eskrem laagi?"

"Boleh. Akak pun nak jugak ni."

"Ed pergi beli lah pulak!"

"Tak payah. Awak tunggu sini. Jaga beg."

"Okay.."

Huh..

***

"Ibnu Hayyan pernah berkata, "orang beriman itu apabila mereka mengenali Tuhannya secara dekat, dia akan mencintai-Nya. Apabila dia mencintai-Nya, maka dia akan menghadap-Nya. Apabila dia merasakan manisnya menghadap Allah, maka akan hilanglah nafsunya kepada dunia. Ia sentiasa ingin pergi ke akhirat kerana rindu bertemu dengan Yang Menyintainya."

Suara Kak Ain terngiang ngiang di telinga.

'Agaknya aku semakin jauh dari Allah kut, sebabtu hati aku ni tak tenteram. Huh.. kejamnya aku..'

"You were born a Muslim.. GREAT! But it is NOT how you are born but how you die. It’s not about how you begin the race, it’s how you end the race. Ain’t no big thing being born Muslim, everyone is born Muslim. But can you live a Muslim? Can you go to college and live a Muslim, be a Muslim? Not only in the house, not only in the masjid. Be a Muslim also in the street."



'Allahuakbar..'

Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. QS Al-Asr:Ayat 1-3.

'Sungguh, manusia itu sering dalam kerugian. Perlu manfaatkan setiap masa yang ada..'

"Ed, nah. Perisa coklat dah habes. Akak beli strawberry."

"Jom balik akak."

"Eh? Ooo okay okay jom."

"Dan, ed takkan makan selain flavour coklat. Jadi, akak boleh selesaikan eskrem yang satu lagi tu. Tunggu kat kereta yo!"

"Budak ni!!!"

***

Seringkali kita mendengar perkataan tarbiyah.
Jika ditanya kepada saya apa maknanya tarbiyah dahulu, 
saya dengan yakin pasti akan menjawab ia adalah satu didikan.

Ya, betul.
Tidak salah definisi tersebut.





Namun, semakin lama saya berada dalam jalan ini, saya mula menemui pengertian sebenar tarbiyah itu.

Tarbiyah itu bukan hanya sekadar didikan.
Tarbiyah yang sebenarnya punya kuasa mengubah.

Didikan yang mengubah.

Percaya, no?

Lihat kembali diri kita.

Sejauh mana tarbiyah itu berkesan pada diri kita adalah dengan melihat sejauh mana kita sudah berubah (dalam konteks ke arah lebih baik kerana Allah).

Andai kata dahulu kita merupakan seorang yang pemarah, sejauh mana tarbiyah itu mengajar kita untuk menahan marah, malah bersikap lebih lembut.

Andai kata dahulu kita merupakan seorang yang suka membuang masa, sejauh mana kita mula menjaga masa kita.

Andai kata dahulu kita adalah seorang yang bergaul bebas lelaki dan perempuan, sejauh mana kita mula menjaga ikhtilat sesama lawan jantina.

Andai kata dahulu kita tidak kisah membuka aurat, sejauh mana kita mula menjaga aurat kita dengan sebenar-benarnya.

Andai kata dahulu kita hanya taksub dengan hiburan semata-mata, sejauh mana kita mula meninggalkannya dan mula cakna akan isu yang lebih bermanfaat buat diri dan ummah.

Andai kata dahulu kita tidak mampu berkata-kata dengan baik di hadapan orang lain, sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut demi menyampaikan Islam kepada mereka.

Banyak lagi jahiliyyah kita yang pernah kita buat suatu kala dahulu.
Namun, tarbiyah itu punya satu kuasa luar biasa.

Ia mengubah.
Dengan SYARAT jika tarbiyah itu benar-benar BERKESAN.

Tarbiyah itu berkesan ke atas diri kita andai kita berani meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah tersebut.

Dan menjadikan diri kita seorang yang lebih baik.
Demi menggalas tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah.

Teringat saya akan kata-kata seorang akhwat,
"Jahiliyyah melemahkan tarbiyah diri."

Allah mahu menyucikan kita dengan tarbiyah dariNya. Tapi kita kotorkan semula dengan jahiliyyah kita.

Maka, di manakah kesannya?



This. Till then. Ciaw~