Tuesday, 6 January 2015 @ 05:56  1 COMMENTS
nota berlambak atas meja.
pensel dan pen warna warni berterabur di satu sudut meja.


sticky note ditampal ke board,

"live as a practising muslim. study lillah, chaiyok!"

jenis yg belajar kejap, pastu mula nak lelap. teringin nak melahap. akhirnya, malas nak hadap.

inilah sifat sesetengah insan yang bergelar STUDENT.

jap jap, break jap.
nak baca satu cerita tak?
simple2 je. tapi, moga menusuk ke kalbu.

bismillah...

***

result trial dah keluar,
menghampakan parents.
semua orang result gempak.

aku?
teruk.

"kena struggle lebih lagi. no matter how hard it is."


milo suam dibawa ke bibir sambil membelek nota.
esok exam Biology. paper one two three sederet. naya guaaaaa.

4.29 p.m.
azan sayup2 kedengaran.

'ah jap lagi lah solat.. sikit je lagi ni..'

'the similarity between mitosis and meiosis process is.. haaa involves cell division. which is, parent cells tu divide into daughter cells.'

'chromosoms replicate only once in  S phase during interphase.'

'eh.. tapi kenapa meiosis ada crossing over. jap. sel anak is genetically different to sel mak ayah. so what happen next.. em. kalau mitosis.. takde crossing over, aik? tadi. arghh'

and now,
it is 6.58 p.m.

ambil wudhu'. solat kalut2. sebab nak kejar waktu solat. mana dapat khusyuk?
dush! rasa bersalah. tapi cecepat tepis. malas nak fikir. aku stress dengan SPM.

....

"weh, esok kak yong ada buat usrah sikit pasal, study lillah. jom join?"

"aku ada study group dengan member weh. hm susah la macamni."

"ey kenapa ni? kusut semacam?"

"gila tak kusut. SPM dah dekat kot."

"SPM bukan penentu kau masuk Syurga ke tak."

"usrah pun bukan penentu aku masuk Syurga ke tak." balas dengan suara mendatar. sarkastik.

"maaf ganggu. kalau free, datanglah esok lepas Asar. kat surau."

".............................."

"aku tunggu. assalamualaikum."

huff, kedengaran dengusan kecil bercampur amarah.

....

esoknya,

usai solat Asar. telekung solat dilipat rapi. sneakers hitam disarung ke kaki.
nota chemistry dibelek. revision chapter 8 form 4.  heat of precipitation.

'the heat change when one mole of a precipitate is formed from their ions in aqueous solution.'

'formulae,  ΔH = mcθ / n. in Joule'

bunyi mic dibetulkan. mukaddimah diberi. suara kak yong jelas kedengaran di sebalik pintu surau.

"adik2 akak ni mesti busy nak study kan? maaf akak mengganggu kalian semua. cuma, nak bertanya khabar Iman kalian. bagaimana?"

dush. Iman aku. em.
mata kembali menatap buku revisi.

"pernah tak, tengok orang yang tak study sangat pun. tak solat. tak puasa. buat maksiat. tapi tetiba dapat result gempak gila. kalah kita yang selalu study tak kira masa. sampai mata pun dah nak sama macam mata panda."

"adik adik yang kakyong sayang lillah, ketahuilah. itu istidraj. nikmat yang Allah bagi pada seseorang untuk melalaikan dia lagi. nauzubillah. kalau kita, nak ke? study pepandai. yang dunia semua cukup lengkap. tapi, Allah tak sudi pandang pun kita."

dush. entah kenapa. tetibe rasa nak menangis. sebak.


"siapa yang bagi kejayaan tu, sayang?"

Allah.

"ya. Allah, jadi, kenapa kita makin menjauh dari Dia. sedangkan kita inginkan kejayaan? Dia yang menjauh. atau kita yang menjauh?"

"hayya ala ssolah. hayya alal falah."

"lihat solat kita. khusyuk tak? ke solat macam ribut hanya sebab nak kejar subjek tak cover lagi? doa simple simple 'ala macam biasa lah Allah. Allah kan boleh baca hati.' amboi dik. angkuhnya. hanya semata nak kejar study group atau kelas tambahan? seriously dik?"

lengan disiku. uh?

"weh taknak masuk ke? jom lah."

"eh takpe lah. aku singgap solat asar je tadi. ada study group pasni. dah nak gerak dahni. bye. assalamualaikum."

headphone disarung ke kepala. no. jangan stress. jangan stress.
mata mula menumpu pada buku nota chemistry. tajuk rate of reaction.

***

cepat betul masa berlalu.

dah dekat dua bulan, 
dan harini result SPM keluar.

berdebar sampai nak letak jantung ni kat luar je.
cepat betul berdegup. mengalahkan larian Usain Bolt je. lebih dari ribut.

nama dipanggil,
langkah kaki diatur ke meja kecil bersama guru kelas.

"terima kasih cikgu.."

slip putih, dibuka dan ditatap penuh perasaan.

"............................................."

***
dah dua minggu.
tempat paling nikmat, atas katil.

buat benda sama.
tido lepak atas katil sambil layan cerita korea sambil main game dan makan.

"awak ni asyik tidur je. takde keja lain ke. yang lepas tu lepas lah. tak payah fikir sangat. apply je mana mana course yang sesuai dengan result awak tu." 

"awak ingat kalau awak sibukkan diri dengan tidur. boleh buat awak lupa segala masalah awak?"

"mana boleh give up macamni. Allah knows best."

DAH! AKU FED UP!

"ayah, apply je lah mana2 course yang ayah rasa sesuai untuk saya. saya terima je." kata putus. tanpa nada. muka tak beriak. masih belum boleh terima hakikat. dan tak pasti, bila boleh 'sembuh'.

***

dan harini,
aku ada di satu tempat yang mana aku tak jangka pun.

course yang betul betul jauh menyimpang dari course yang aku ambil masa form 5. pure science to science computer.

'mungkin, dah sampai masa aku belajar erti redha?' desis hati kecil.

AH!

"lari dari hakikat, takkan selesai masalah. learn to endure the pain. endurance is hard. sangat susah. tapi kalau kita redha dan serah semuanya pada Tuhan. semuanya akan jadi senang." -kakyong.

....

dua bulan berlalu,
cuti mid sem akan bermula.

perlahan lahan, aku belajar apa itu erti redha yang sebenar.
aku mula sedar akan hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap keperitan.

.....

tempat ini,
tempat tarbiyah aku.
tempat aku nak cari Allah, balik.

***

basikal dikayuh perlahan menuju ke padang. sepi, takde orang sangat.
telefon bimbit jenama samsung dibawa keluar dari poket baju.

satu nombor didail.

"assalamualaikum, adik Lillah akak?"

salam disambut. bibir mengukir senyum.

"akak, i understand it now."

"you've learnt a lot. you've struggled so much. one word, tahniah!"

senyum diukir segaris. 

"Allah nak bagi something, Dia uji dulu. Dia takkan uji lebih dari limit kita. eventho bila kita rasa sesuatu tu lebih baik untuk kita, percayalah. tak semestinya benda tu baik untuk kita. Allah dah plan cantik2. langit ni tak selalu cerah. tak selalu gelap. dunia sentiasa berputar. ada masa kita dibawah. ada masa kita diatas. tapi, kita punya Tuhan. yang selalu ada. even bila kita rasa takde siapa peduli. Dia peduli."

"akak, thanks? nah flying kiss. adik sampaikan dari bumi kelantan."

"aip cepatnya sampai! dah sampai bumi Johor dahni! akak dah simpan flying kiss awak tu dalam hati, jadi. kalau lepasni awak rasa nak rebah lagi, akak akan terbangkan benda ni kat awak balik. once your 'heart' is recovered only then akak akan terima 'love' awak tu balik. deal?"

"you make me go sobs again aaaaaaa."

"cuba cakap perkataan alergic tu kat akak."

"apaaaa?"

"aileff..........."

"mengada aa tu. dah nak sambung cycling ni. tata assalamualaikum."

"budak ni laaa haha. okayh jaga Iman. waalaikumussalam w.b.t. loveyou!"

sengih diikur.
kalau kira centimetre dah sampai 15 cm dah.

'i love you too, akak. so much.'

basikal dikayuh laju. menuruni bukit.
kedua tangan didepangkan merentasi angin. 
subhanallah. setiap hembusan nafas ni, bermakna.

'terima kasih, Allah.'


***

dah habis baca, ke belum?
kalau mengantuk, pi amik wudhu'.

ehem.

cara kita diuji, tak sama.
mungkin ujian awak, lagi hebat dari saya.

ada satu masa, bila kita rasa give up sangat. sebab tak dapat course yang kita nak. kita rasa course A lebih baik untuk kita. sedangkan. kita lalai. Allah tahu, sedang kita tidak.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." AlBaqarah 216.

ada satu masa kita rasa tak boleh nak survive langsung dalam sesuatu bidang tu. payah sangat. tak dapat nak accept langsung. sedangkan, kita dah dapat dah pun course tu.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." AlBaqarah 286.

***
"cane nak tajdid niat study lillah?"

macamni. okay contohnya lah. masuk azan. "Allahuakbar.. Allahuakbar.." tapi time tu kita duk study. haa kalau betul kita niat nak study lillah, of course kita akan sahut seruan azan tu dulu if possible. sebab nak redha Allah kan?

contoh lagi, pukul 2 3 pagi camtu. kita terbangun dari tidur, haa pastu nak buat apa dulu? solat la dulu brother sister. baca Quran ke apa ke. haa masa tu kan afdhal kita solat malam. nak seribu daya, taknak seribu dalih beb. aa pastu barulah start study ke apa ke.

utamakan Allah dalam setiap perkara. rajinkan jasad untuk buat apa yang Allah suka. dan ikhlaskan hati untuk suka apa yang Allah suka. benda ni simple je, kalau kita buat tu. kerana Allah. selamat beramal dan sama sama kita beramal.

***

jom kejar DEAN LIST! sambil kejar MARDHATILLAH!