Thursday, 29 December 2016 @ 10:01  1 COMMENTS
bismillah.

specially wrote,
 for those who are having the same struggle, in love.


***

kaki digerakkan laju ke masjid.
mukanya merah menahan malu. tangan digenggam erat.

'ya Rabb.. bantu aku untuk mengawal perasaan ini wahai Pemilik Cinta..'

"kak Aisyah!! awalnya sampai?!"

lamunannya tersentak dek suara yang 10 oktaf ke udara.
bila mata bertemu mata, bibirnya manis mengulum senyuman.

"ha ah, Laila pun awal aje! jom masuk dulu kemas ruang solat Muslimat."

tangan mereka berpimpinan ke dalam masjid.
bahu bertemu bahu, jasad saling berpelukan,
ukhuwah kerana Tuhan, pastinya manis.

tak kira, pangkat, harta, umur dan bangsa.
dan tak kira, masa silam.

***


usai Usrah yang membincangkan tentang Isu Semasa Ummah hari ini,
diselit dengan beberapa ayat indikator dari surat chenta dari Allah,
bersambung pula dengan sesi soal jawab dari semua ahli Usrah,
sampailah kepada slot heart to heart yang paling ditunggu2 oleh adik adik Usrah.
almaklumlah, hati ke hati pastinya lebih mendekatkan ♥

"jadi, insha Allah. saat yang ditunggu2 sudah pun sampai. sape nak mula dulu? kenyit mata!"

pelbagai gaya yang mencuit hati ditunjukkan oleh adik2.
ada yang kenyit mata banyak kali, ada yang kenyitkan kedua2 mata, ada yang tak pandai pun kenyit mata. Allahurabbi, comel.

Aisyah cepat cepat mengawal suasana sebelum jadi lebih ribut,
muslimin sebelah sana pun dah buat isyarat mengetuk tabir yang memisahkan ruang muslimin dan muslimat, tanda muslimat sangat bising.

ops.

Aisyah terpandang seorang adik usrah yang masih baru, seingatnya baru minggu lepas dia join usrah untuk kali pertama. Aisyah pun belum sempat kenal lebih dekat dengannya.

namanya Jannah. panggilannya Jay.
putih manis orangnya, sekali tengok macam Korea mix Arab.
dia cuma pandang bawah sambil memandang buku notanya.
Aisyah sengih.

sesi heart to heart bermula.

setiap dari adik adik mengeluarkan kisah yang berbeza.
ye lah, kisah kita semua berbeza.
dan tiba giliran Jay.

"Jannah yang solehah, boleh mulakan?" Aisyah menjemput sambil senyum manis.

Jay membetulkan duduk.
malu malu ingin memulakan bicara.

"saya.. saya tak ada apa2 pun nak cerita. can we just proceed?"

"eh mana boleh! kita semua kena kongsi kisah memasing! baru best! cerita la, mana tau ilmu awak lagi hebat dari kami semua ni!" celah sorang adik Usrah, Laila, yang suaranya sampai 10 oktaf tadi.

sekali lagi, tabir diketuk. isyaratnya... muslimat...

ops.

Laila sengih malu sambil menutup mulutnya.
'sorryyyyyyy.' perlahan dia berbisik.

"Jannah.. teruskan aje. kami dengar. boleh kongsi apape je." jemput Aisyah sekali lagi dengan senyuman manisnya yang mengiringi.

"cerita dan perkongsian saya tak sehebat korang.. saya tak pandai nak ulas isu semasa. ilmu saya cetek saja. ujian saya dengan korang pun sangat berbeza. 360 darjah. korang diuji dengan medan dakwah, tarbiyah memasing. cara nak rapat dengan mad'u.. kongsi pasal kisah zaman Nabi.. tapi ujian saya lain sangat. apa yang ada di fikiran saya tak sama dengan kalian.. saya cuba nak buang semua fikiran ni.. tapi saya dibelenggu dengan masalah yang sama.." Jannah mula menangis. dan cepat cepat dia mengesat air mata sebelum sempat jatuh ke lantai.

semua ahli Usrah kaku. Aisyah masih diam, memberi peluang untuknya.

"sorry, mulanya saya nak kongsi pasal masalah saya yang tak dapat lupakan seorang lelaki. tapi bila saya dengar perkongsian dari korang, saya rasa malu pulak nak cerita masalah saya yang remeh temeh je ni." katanya sambil ketawa yang dibuat buat.


Aisyah bangun dan duduk di sebelah Jannah. sambil memeluknya dengan erat.
dan Jannah terus menangis semahunya.

Allah.

Dan tiba tiba.. Laila mencelah kembali,
dia menyanyikan chorus 'Aku Masih Disini' by Ed Coustic,

"Jangan bersedih.. oh kawanku..
Aku masih ada disini..
Semua.. pasti kan berlalu..
Aku kan selalu bersamamu.."

Dan buat kali yang keberapa entah,

Tabir yang memisahkan antara dua jantina, diketuk. Tapi kali ini makin kuat.

Ops.

Laila muncung itik. sambil buat muka,
'what....? Laila nyanyi slow ajeee. poyo la muslimin.............' sambil berbisik dan buat muka toya.
semua ahli Usrah termasuk Jay terkekek ketawa menahan gelak.

Aisyah geleng kepala dan kembali menggenggam tangan Jay.
"are you.. a little bit okay now?" sambil senyum.

Jay angguk & senyum sambil mengemaskan lagi genggaman tangan Aisyah.

"pertamanya, thanks Laila untuk lagunya. mungkin lepasni kita kena gi usrah kat taman pulak, dan ada slot khas untuk Laila nyanyi. boleh tahan merdu suaranya. yang penting, mendamaikan hati sahabat sahabat.." Aisyah senyum sambil kenyit mata pada Laila.

Laila sengih tersipu2 malu dan angkat tangan isyarat tanda OK.

"and... untuk Jannah dan jugak semua sahabat2 akak yang ada kat sini harini..." Aisyah mengambil nafas panjang.

"kita semua.. ada battle field sendiri kan?"
tanya Aisyah sambil meneliti setiap wajah ahli usrah.

"ingat tak? dalam Surah AlBaqarah 286? Allah berfirman..

"Allah uji seseorang sesuai dengan kemampuannya."

mungkin hari ini, si A diuji dengan lelaki yang membuai hati kita, dan mungkin si B sedang diuji dengan masalah nak counter mad'u dia. lain lain ujian bukan?

tapi, adakah antara si A dan si B berbeza dari segi kealiman nya?
iman dan taqwa berbeza. tapi, kita takde hak nak tentukan semua ni.

why?
again, kita diuji sesuai dengan kemampuan kita.

boleh jadi, jikalau si B diuji dengan ujian sama seperti si A, si B tak mampu nak mengawal nafsunya dan akhirnya, jatuh ke lembah maksiat. vice verse.

jangan kita pandang rendah pada seseorang hanya kerana ujiannya. boleh jadi, jikalau kita diuji dengan ujian yang kita anggap hal remeh temeh sahaja, kitalah orang yang paling teruk menghadapi ujian itu, akhirnya menjauhkan kita dari jalan Allah.

dan satu hal lagi yang kita semua kena ingat,
pasak dalam hati bebetul.

bagi sesetengah orang, tak perlu untuk umat Islam untuk bincang solusi tentang perkara remeh temeh seperti isu masalah hati, cinta dan sebagainya. tapi kalau kita lihat keadaan ummat hari ini, bagi pendapat akak yg hina dina ini, cetek ilmu ni, kita semua patut ambil serius soal ni.

sebab Ummat hari ini, ramai yang ada masalah dengan apa?

yes, betul. kita dah ada di zaman yang paling akhir. dan sepatutnya, kita berbincang tentang strategi untuk menaikkan Islam kembali. tapi, tak patut jika kita nak sisihkan mereka yang masih bertatih, yang masih punya konflik dengan diri mereka sendiri.

bantu, jangan sisih.

ramai je di kalangan ummat hari ini yang masalah utamanya berpunca dari CINTA.

dan CINTA berkait rapat dengan hati.

cane kita nak lahirkan Ummat yang bersemangat untuk juangkan Islam bersama sama kita, kalau dalam hati mereka sendiri masih bersesak konflik dengan cinta dan perasaan sendiri?

sekali lagi. bantu, jangan sisih.
tapi, jangan lupa fokus utama kita.

ni cuma sedikit cetusan minda buat kita semua yang pegang title, DAI'E.

jadi.. uols masih bersama akak?" Aisyah sengih sambil mengawangkan tangannya di udara.

semua adik usrah angguk dan senyum. ada yang seperti tengah muhasabah diri dan ada juga yang fokus menulis sesuatu di buku nota mereka.

Aisyah senyum.

"jadi, kita kembali pada sahabat kita, Jannah yang solehah. dah bersedia nak kongsi cite?"

Jannah mengesat airmata yang masih tersisa dan membetulkan sila.

"pertamanya.. terima kasih semua." Jannah cuba mengawal airmata dari tumpah lagi.

Aisyah genggam erat tangannya dan senyum.

"sebenarnya.. saya masih dalam proses nak move on dari seseorang. lelaki ni saya kenal di satu tempat tuisyen masa zaman sekolah dulu. sampai sekarang. dipendekkan cerita, kami sama2 sedang berhijrah sekarang. mulanya, dia janji nak tunggu dan jadikan saya suri hati dia. tapi, lama lepastu dia macam main tarik tali, buatkan saya berharap. perasaan ni menyesakkan dada. saya tak suka dengan situasi ni." perlahan dia menuturkan.

"Jannah sayang dia?"

"hm.. ya." Aisyah senyum.

"sahabat semua ada apa2 tips dan nasihat?"

seterusnya, bergilir gilir sahabat mengutarakan pendapat dan nasihat serta tips yang sangat berguna buat Jannah. bila dah berkongsi, nampaknya bukan Jannah saja yang mengalami masalah dan konflik hati dengan ajnabi, yang lain pun ada aje.


sebab, fitrah.

azan Asar berkumandang.
Aisyah lihat jam di tangan.
dan mereka tangguhkan dulu usrah.

sebelum beredar utk solat berjemaah, Aisyah bisik pada Jannah,
"pasni tunggu akak kat bawah pokok belakang masjid, kita date jap." sambil kenyit mata.

Jannah senyum. faham benar akan cara Aisyah yang dekat dengan mad'u.

"bila Allah nak jadikan seseorang itu baik, Allah hantar perantara seperti mereka yang baik baik untuk tolong kita jadi baik."

***

Jannah duduk di atas kerusi batu bawah pokok renek.
sambil matanya melilau mencari kelibat Aisyah.

tiba-tiba.. "Assalamualaikum cik adik!"


Read more »