Thursday, 29 December 2016 @ 10:01  1 COMMENTS
bismillah.

specially wrote,
 for those who are having the same struggle, in love.


***

kaki digerakkan laju ke masjid.
mukanya merah menahan malu. tangan digenggam erat.

'ya Rabb.. bantu aku untuk mengawal perasaan ini wahai Pemilik Cinta..'

"kak Aisyah!! awalnya sampai?!"

lamunannya tersentak dek suara yang 10 oktaf ke udara.
bila mata bertemu mata, bibirnya manis mengulum senyuman.

"ha ah, Laila pun awal aje! jom masuk dulu kemas ruang solat Muslimat."

tangan mereka berpimpinan ke dalam masjid.
bahu bertemu bahu, jasad saling berpelukan,
ukhuwah kerana Tuhan, pastinya manis.

tak kira, pangkat, harta, umur dan bangsa.
dan tak kira, masa silam.

***


usai Usrah yang membincangkan tentang Isu Semasa Ummah hari ini,
diselit dengan beberapa ayat indikator dari surat chenta dari Allah,
bersambung pula dengan sesi soal jawab dari semua ahli Usrah,
sampailah kepada slot heart to heart yang paling ditunggu2 oleh adik adik Usrah.
almaklumlah, hati ke hati pastinya lebih mendekatkan ♥

"jadi, insha Allah. saat yang ditunggu2 sudah pun sampai. sape nak mula dulu? kenyit mata!"

pelbagai gaya yang mencuit hati ditunjukkan oleh adik2.
ada yang kenyit mata banyak kali, ada yang kenyitkan kedua2 mata, ada yang tak pandai pun kenyit mata. Allahurabbi, comel.

Aisyah cepat cepat mengawal suasana sebelum jadi lebih ribut,
muslimin sebelah sana pun dah buat isyarat mengetuk tabir yang memisahkan ruang muslimin dan muslimat, tanda muslimat sangat bising.

ops.

Aisyah terpandang seorang adik usrah yang masih baru, seingatnya baru minggu lepas dia join usrah untuk kali pertama. Aisyah pun belum sempat kenal lebih dekat dengannya.

namanya Jannah. panggilannya Jay.
putih manis orangnya, sekali tengok macam Korea mix Arab.
dia cuma pandang bawah sambil memandang buku notanya.
Aisyah sengih.

sesi heart to heart bermula.

setiap dari adik adik mengeluarkan kisah yang berbeza.
ye lah, kisah kita semua berbeza.
dan tiba giliran Jay.

"Jannah yang solehah, boleh mulakan?" Aisyah menjemput sambil senyum manis.

Jay membetulkan duduk.
malu malu ingin memulakan bicara.

"saya.. saya tak ada apa2 pun nak cerita. can we just proceed?"

"eh mana boleh! kita semua kena kongsi kisah memasing! baru best! cerita la, mana tau ilmu awak lagi hebat dari kami semua ni!" celah sorang adik Usrah, Laila, yang suaranya sampai 10 oktaf tadi.

sekali lagi, tabir diketuk. isyaratnya... muslimat...

ops.

Laila sengih malu sambil menutup mulutnya.
'sorryyyyyyy.' perlahan dia berbisik.

"Jannah.. teruskan aje. kami dengar. boleh kongsi apape je." jemput Aisyah sekali lagi dengan senyuman manisnya yang mengiringi.

"cerita dan perkongsian saya tak sehebat korang.. saya tak pandai nak ulas isu semasa. ilmu saya cetek saja. ujian saya dengan korang pun sangat berbeza. 360 darjah. korang diuji dengan medan dakwah, tarbiyah memasing. cara nak rapat dengan mad'u.. kongsi pasal kisah zaman Nabi.. tapi ujian saya lain sangat. apa yang ada di fikiran saya tak sama dengan kalian.. saya cuba nak buang semua fikiran ni.. tapi saya dibelenggu dengan masalah yang sama.." Jannah mula menangis. dan cepat cepat dia mengesat air mata sebelum sempat jatuh ke lantai.

semua ahli Usrah kaku. Aisyah masih diam, memberi peluang untuknya.

"sorry, mulanya saya nak kongsi pasal masalah saya yang tak dapat lupakan seorang lelaki. tapi bila saya dengar perkongsian dari korang, saya rasa malu pulak nak cerita masalah saya yang remeh temeh je ni." katanya sambil ketawa yang dibuat buat.


Aisyah bangun dan duduk di sebelah Jannah. sambil memeluknya dengan erat.
dan Jannah terus menangis semahunya.

Allah.

Dan tiba tiba.. Laila mencelah kembali,
dia menyanyikan chorus 'Aku Masih Disini' by Ed Coustic,

"Jangan bersedih.. oh kawanku..
Aku masih ada disini..
Semua.. pasti kan berlalu..
Aku kan selalu bersamamu.."

Dan buat kali yang keberapa entah,

Tabir yang memisahkan antara dua jantina, diketuk. Tapi kali ini makin kuat.

Ops.

Laila muncung itik. sambil buat muka,
'what....? Laila nyanyi slow ajeee. poyo la muslimin.............' sambil berbisik dan buat muka toya.
semua ahli Usrah termasuk Jay terkekek ketawa menahan gelak.

Aisyah geleng kepala dan kembali menggenggam tangan Jay.
"are you.. a little bit okay now?" sambil senyum.

Jay angguk & senyum sambil mengemaskan lagi genggaman tangan Aisyah.

"pertamanya, thanks Laila untuk lagunya. mungkin lepasni kita kena gi usrah kat taman pulak, dan ada slot khas untuk Laila nyanyi. boleh tahan merdu suaranya. yang penting, mendamaikan hati sahabat sahabat.." Aisyah senyum sambil kenyit mata pada Laila.

Laila sengih tersipu2 malu dan angkat tangan isyarat tanda OK.

"and... untuk Jannah dan jugak semua sahabat2 akak yang ada kat sini harini..." Aisyah mengambil nafas panjang.

"kita semua.. ada battle field sendiri kan?"
tanya Aisyah sambil meneliti setiap wajah ahli usrah.

"ingat tak? dalam Surah AlBaqarah 286? Allah berfirman..

"Allah uji seseorang sesuai dengan kemampuannya."

mungkin hari ini, si A diuji dengan lelaki yang membuai hati kita, dan mungkin si B sedang diuji dengan masalah nak counter mad'u dia. lain lain ujian bukan?

tapi, adakah antara si A dan si B berbeza dari segi kealiman nya?
iman dan taqwa berbeza. tapi, kita takde hak nak tentukan semua ni.

why?
again, kita diuji sesuai dengan kemampuan kita.

boleh jadi, jikalau si B diuji dengan ujian sama seperti si A, si B tak mampu nak mengawal nafsunya dan akhirnya, jatuh ke lembah maksiat. vice verse.

jangan kita pandang rendah pada seseorang hanya kerana ujiannya. boleh jadi, jikalau kita diuji dengan ujian yang kita anggap hal remeh temeh sahaja, kitalah orang yang paling teruk menghadapi ujian itu, akhirnya menjauhkan kita dari jalan Allah.

dan satu hal lagi yang kita semua kena ingat,
pasak dalam hati bebetul.

bagi sesetengah orang, tak perlu untuk umat Islam untuk bincang solusi tentang perkara remeh temeh seperti isu masalah hati, cinta dan sebagainya. tapi kalau kita lihat keadaan ummat hari ini, bagi pendapat akak yg hina dina ini, cetek ilmu ni, kita semua patut ambil serius soal ni.

sebab Ummat hari ini, ramai yang ada masalah dengan apa?

yes, betul. kita dah ada di zaman yang paling akhir. dan sepatutnya, kita berbincang tentang strategi untuk menaikkan Islam kembali. tapi, tak patut jika kita nak sisihkan mereka yang masih bertatih, yang masih punya konflik dengan diri mereka sendiri.

bantu, jangan sisih.

ramai je di kalangan ummat hari ini yang masalah utamanya berpunca dari CINTA.

dan CINTA berkait rapat dengan hati.

cane kita nak lahirkan Ummat yang bersemangat untuk juangkan Islam bersama sama kita, kalau dalam hati mereka sendiri masih bersesak konflik dengan cinta dan perasaan sendiri?

sekali lagi. bantu, jangan sisih.
tapi, jangan lupa fokus utama kita.

ni cuma sedikit cetusan minda buat kita semua yang pegang title, DAI'E.

jadi.. uols masih bersama akak?" Aisyah sengih sambil mengawangkan tangannya di udara.

semua adik usrah angguk dan senyum. ada yang seperti tengah muhasabah diri dan ada juga yang fokus menulis sesuatu di buku nota mereka.

Aisyah senyum.

"jadi, kita kembali pada sahabat kita, Jannah yang solehah. dah bersedia nak kongsi cite?"

Jannah mengesat airmata yang masih tersisa dan membetulkan sila.

"pertamanya.. terima kasih semua." Jannah cuba mengawal airmata dari tumpah lagi.

Aisyah genggam erat tangannya dan senyum.

"sebenarnya.. saya masih dalam proses nak move on dari seseorang. lelaki ni saya kenal di satu tempat tuisyen masa zaman sekolah dulu. sampai sekarang. dipendekkan cerita, kami sama2 sedang berhijrah sekarang. mulanya, dia janji nak tunggu dan jadikan saya suri hati dia. tapi, lama lepastu dia macam main tarik tali, buatkan saya berharap. perasaan ni menyesakkan dada. saya tak suka dengan situasi ni." perlahan dia menuturkan.

"Jannah sayang dia?"

"hm.. ya." Aisyah senyum.

"sahabat semua ada apa2 tips dan nasihat?"

seterusnya, bergilir gilir sahabat mengutarakan pendapat dan nasihat serta tips yang sangat berguna buat Jannah. bila dah berkongsi, nampaknya bukan Jannah saja yang mengalami masalah dan konflik hati dengan ajnabi, yang lain pun ada aje.


sebab, fitrah.

azan Asar berkumandang.
Aisyah lihat jam di tangan.
dan mereka tangguhkan dulu usrah.

sebelum beredar utk solat berjemaah, Aisyah bisik pada Jannah,
"pasni tunggu akak kat bawah pokok belakang masjid, kita date jap." sambil kenyit mata.

Jannah senyum. faham benar akan cara Aisyah yang dekat dengan mad'u.

"bila Allah nak jadikan seseorang itu baik, Allah hantar perantara seperti mereka yang baik baik untuk tolong kita jadi baik."

***

Jannah duduk di atas kerusi batu bawah pokok renek.
sambil matanya melilau mencari kelibat Aisyah.

tiba-tiba.. "Assalamualaikum cik adik!"




"opocot mak kau jatuh!" Jannah terperanjat dan tanpa sedar melatah.
Aisyah tibai aje ketawa sebelah.

"sorry.... taktau awak jenis melatah."

"ee.... taknak kawan." Jannah buat muka.

"nah?" sambil tangannya menghulur Snickers.

"some say.. choc makes you better?"

"um okay. kawan balik."

Allah. comel sungguh.

***

"so, how's life here?"

Jannah diam. sambil pandang bawah.

"ey... baru je nak start sembang dah kuyu semacam......."

"confusing. complicated. and, i am suffocated."

"life suffocates everyone, tho. anyway, cite."

"you know..

i am from that school, islamik punya orang la kire. tapi,
kat sekolah dulu takdela alim mana, geng rebel jugak.
tapi, bila datang sini, rasa cam kosong terus,
i am lost.

datang sini, banyak betul ujian.
dan benda paling menyesakkan kepala saat ni,
pasal lelaki ni.

entah kenapa rasa sayang yang sangat kat dia, mungkin sebab dah lama kenal dan membuai hati masing2? tapi bila dia main main dengan perasaan yang dah lama bina ni, hati ni memberontak. rasa macam kena gelek dengan ahli sumo. rasa dah tak mampu nak focus benda lain.

sesak la cenni."

Aisyah betulkan sila dan batuk kecil untuk mulakan bicara,

"jadi, benda ni buat Jannah rasa tak tenang?"

"sangat. sesakkan dada."

"patut pun. sebab hati Jannah sendiri tak redho dengan perbuatan Jannah."

Jannah diam. berfikir. muhasabah.

"Sayang.. ingat tak Allah kata,

"hanya dengan mengingati Allah, hanya dengan itu hati akan tenang."

 so nak ingat Allah kena zikir aje ke? everything that we do, decide or choose in our life is parts of remembering Allah.

setiap apa kita buat, sepatutnya kita ingat Allah.
so guess what? kenapa hati kita tak tenang dgn semakkan diri dengan benda ni?
sebab, kita tak ingat Allah. you know what i mean.

am i not wrong?"

Jannah angguk perlahan. hatinya mulai sebak. jauh di sudut hati,
dia tahu semua ni hanya sia sia dan sedikit sebanyak menyumbang dosa,
tapi ah! dia masih berperang dengan nafsu dan perasaan sendiri.

"dosa ni off tune. tapi dia boleh vibrate dalam hati hati mereka yang masih punya Iman. thats why, bila kita buat dosa maksiat, secara tak sedar, hati kita ni bergetar tanda kita masih gentar untuk berbuat dosa. and yes, ni maknanya, kita masih waras untuk tidak melakukan dosa.

tapi..bila kita aci redah aje even dah vibrate. lama lama vibration ni akan slowly hilang and akhirnya it will stops. sebabtu.. ramai je yang buat dosa terus terusan tanpa pikir dosa pahala dah."

Jannah angguk lagi. 'betul tu..' dia makin sebak mengenangkan saat di mana dia asyik dan merasa lazat berbuat dosa tanpa memikirkan kesannya nanti. Allah..

"Jannah sayang.. you have a longg way to go.

ingat tak, akak pernah pesan,

"even if he comes to your daddy and ask for your hand, it is still not confirmed yet until that one big day that he bravely puts a ring on your finger and hold your hand tight and yes, when you are both halallan toyyiban to each other."

i'm sorry, mungkin akak tak pernah ada dalam situasi Jannah dan akak tak rasa ketakutan yang Jannah alami, takut nak hadapi segala kemungkinan. tapi akak tau, Jannah tau apa yang baik dan buruk untuk Jannah kan?

its just that.. you're afraid that the truth and reality might hurt you.

am i right?"

Jannah angguk. "Jannah takut kehilangan dia.. Jannah taknak dia pergi.. Jannah benci perasaan ni, tapi Jannah sayang dia.. i'm afraid that if i said that i want to end this relationship, and he will agree to it and i wont see him ever again.."

Aisyah senyum.

"Sayang... i'm not asking you to forget him. tapi control. control your emotions and heart. Nak ada perasaan cinta tak salah, tapi kita sebagai orang yang faham kurang lebih tentang agama, kena tahu batasan cinta tu macam mana. control.

and yes, sayang.

enjoy your life! you are free from him, you are free from his decision, you are free from his jealousy, you are free from his anger, you are free from all this stressful things. free yourself, free your heart.

things are easier than done, ain't?

hm, i know. but then again,

its all up to you.
the choice is yours.
orang lain cuma boleh bagi nasihat, tips dan sebagainya.
tapi kalau kita sendiri takde inisiatif to make things better, then its just a waste.

never think that theeese things so called love, are controlling you. no. you control yourself. love and nothing can distract you, unless you allows it to. so please, control yourself."

Jannah angguk. dalam hatinya berkira macam macam.
memang betul apa yang Aisyah bagitau.

she is just afraid.
of uncertain things.

"now, promise me. you'll enjoy yourself. Jannah, kita ada banyak lagi benda yang kita nak buat dengan hidup kita ni masa masih single ni, nanti dah kawen masuk fasa baru dah ada certain things yang kena stop. so, enjoy yourself. mix up with people, try something new, keep yourself busy. only then, you wont think of these things too much.

but then again,

only if, he is ready to take all the responsibility, then go ahead.
for your happiness. of course, its a blessings too.

kalau dia masih main2, nak play around, main cikucakk, tarik tali, hide and seek, catch me if you can bagai nak tease hati kite aje, then no. you should just let go of him.

you deserves better, sayang.
you are off better without him.

dan satu lagi, kena ingat.
have firm believe on this,

ajal, maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan.
kita usaha aje, doa jangan lupa.

got me?"

"yeah.. and akak... i made my decision. and one more, please, always be beside me, i'm afraid i'll make another same mistake. i'm afraid i fall for his sweet words again.. i'm afraid, i cant control my heart again.." cecair jernih menuruni pipi.

Aisyah senyum manis, sambil mencuit pipi Jannah.

"i will sayang.. i will. bi idznillah."


"i hope that i can be like you.. heartless. tak kesah dengan ayat2 lelaki, harmless flirt and all. ugh, this is so tiring.."
"hamboi heartless. its not as easy as what you think.. rumah terbakar nampak asap, hati panas dok menahan nafsu siapa tahu." tetibe Aisyah teringat peristiwa siang tadi sebelum usrah. Dia menggeleng perlahan.
"moga kita sama sama dapat kawal hati dan perasaan, dan tak menghambakan diri kepada cinta yang sia sia. ameen."

I know a place not far away where two people gowhen they know what they have is real.
Love never felt so good 'cause I feel so alive.I never thought I would find someone I could hold on to.
Then you, you came along when I needed someone,someone to love me forever, darling.This time I know that it's true,for I can feel the love inside me through you

***

1 year, later.

....